“Muka berlubang berlagak lejen..” Benci betul sampai hina Altimet sebegitu

Entah apa salahnya, penyanyi Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman telah dicemuh sampaikan wajahnya turut diperkatakan.

Altimet yang baru sahaj mengumumkan bersara menyanyi, telah tampil meluahkan rasa kecewa selepas seorang individu secara terbuka menghina dan memperlekehkan fizikal dan perjalanan kariernya dalam industri seni.

Katanya, mungkin sudah menjadi sifat manusia menyakiti antara satu sama lain.

U sucks bro muka berlubang berlagak cukup lejen,” tulis individu berkenaan .

Rasa kecewa itu diluahkan oleh penyanyi berkenaan menerusi satu entri di laman media sosial Twitter yang memaparkan perbualannya bersama individu berkenaan di ruangan mesej peribadi.

Tidak melatah dengan hinaan sedemikian, penyanyi berkenaan membalas semula mesej berkenaan dengan nada yang cukup professional.

“Hurt people hurt people, I guess. God is fair. My skin is a blessing to me. Taught me that I don’t need to rely on my looks to get ahead in life. as a result, lirik aku hensem, the flow is gorgeous, and my work ethic is flawless. Ask about me”

Di ruangan komen, rata-rata netizen ternyata suka dengan respon yang diberikan oleh Altimet.

Ramai peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi berkenaan yang bakal mengadakan konsert terakhir nya pada tarikh 16 Februari nanti.

Antara lagu popular nyanyian Altimet ialah Kalau Aku Kaya, Bunga, Amboi, Kotarayaku, Mambang dan Hello.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here