“Mommy carilah daddy baru, nak dia ajar main bola” – anak Rita Rudaini

Pelakon jelita, Rita Rudaini mendedahkan anak sulungnya Ryan ada meminta dirinya untuk mencari pasangan hidup yang baru yang boleh menjadi ayah buat mereka.

Menurut pelakon yang pernah popular menerusi filem Mami Jarum ini, Ryan atau nama sebenar Airit Rayyan Rizqin, 9 tahun mahukan seorang ayah yang boleh mengajarnya bermain bola sepak.

Malah Ryan juga mahukan ibunya mencari ayah baru yang juga seorang pemain bola sepak.

Ini perkongsian dari Rita Rudaini:

“Perbualan malam tadi semasa dalam perjalanan balik dari penggambaran drama.

Ryan: Mommy carilah daddy baru.

Mommy: Kenapa pula tiba-tiba suruh Mommy cari daddy?

Ryan: Ryan nak dia ajar main bola.

Mommy: Macam mana kalau daddy baru tu tak pandai main bola?

Ryan: Mommy carilah footballer

Mommy: (krik,krik)”

Perbualan bersama anaknya ini dikongsi oleh Rita Rudaini di laman media sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Rita Rudaini yang kini sudah menjangkau usia 42 tahun, berkata perbualan tersebut terhenti apabila dia tidak tahu untuk memberi jawapan yang logik untuk diterima oleh anaknya itu.

Untuk pengetahuan, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal Malaysia iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun pasangan ini telah bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun, yang kini bawah jagaan Rita.

Kedua-dua anaknya itu mempunyai bakat seperti ayahnya iaitu hebat bermain bola sepak.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here