Misteri Kelibat Langsuir Di Sebuah Kampung Di Kelantan

Melalui satu perkongsian oleh satu Facebook bernama Paranormal Aktiviti Mistik, ada laporan mengatakan terdapat penduduk kampung yang terlihat kelibat hantu langsuir di sana.

Ini perkongsian dari FB team paranormal berkenaan:

MISTERI LANGSUIR KAMPUNG KEBAKAT, TUMPAT

SEKITAR Oktober, penduduk Kampung Kebakat Tumpat, Kelantan mendakwa terserempak dengan hantu langsuir yang terbang merayau sambil mengilai dengan suara menyeramkan di kawasan mereka.

Cerita kewujudan hantu itu pantas mencetuskan ketakutan dan rasa seram dalam kalangan masyarakat setempat sehingga menyebabkan mereka tidak berani keluar rumah pada waktu malam.

Katanya penduduk yang melihat sendiri kelibat hantu itu menggambarkan makhluk halus terbabit dengan tinggi separas pinggang, berambut panjang, memiliki dua taring di bibir bawah dan badan berwarna merah serta menampakkan isi daging manusia. Hantu itu juga mampu terbang terawang sambil mengilai sehingga menyebabkan bulu roma sesiapa yang mendengarnya meremang.

Selepas beberapa hari cerita mistik itu mencetuskan rasa takut dan seram dalam kalangan penduduk, kisah kewujudan langsuir di Kampung kebakat itu bukanlah kali pertama diceritakan di negara ini kerana kepercayaan masyarakat terhadap pelbagai jenis hantu sudah berakar sejak ratusan tahun lalu. Malah, pegawai British di Tanah Melayu suatu ketika dulu, Sir William Maxwell, pernah merekodkan kepercayaan masyarakat Melayu silam terhadap langsuir dan kaedah khurafat untuk menanganinya seperti catatan beliau dibawah.

“Jika seorang wanita mati akibat melahirkan bayi sama ada sebelum atau selepas bayi itu dilahirkan dan sebelum tamat 40 hari tempoh pantang, dia akan menjadi langsuir iaitu hantu terbang berupa wanita putih atau roh perempuan.

“Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, beberapa biji tasbih kaca diletakkan dalam mulut jenazah, telur ayam diletak di celah ketiak dan jarum diletak di telapak tangan. Perbuatan itu dipercayai dapat mengelakkan jenazah wanita itu menjadi langsuir kerana dia tidak dapat membuka mulut untuk mengilai atau menggerakkan lengan dan tangannya untuk terbang”.

Dalam kepercayaan lama masyarakat Melayu, hantu langsuir berbeza dengan pontianak kerana pontianak atau turut disebut sebagai `matianak’ atau `kuntilanak’ adalah jelmaan hantu bayi perempuan yang mati ketika dilahirkan. Dengan erti kata lain, langsuir adalah hantu ibu kepada pontianak.

Pontianak dapat berubah daripada makhluk halus kepada jasad kekal dengan memaku lehernya dan ia berubah menjadi hantu sundel bolong yang berupa seperti gadis.

Pasukan berkenaan telah turun padang untuk melihat sendiri kawasan kampung berkenaan. Melalui satu paparan video secara live yang dibuat beberapa hari lalu, team Paranormal Aktiviti Mistik itu telah datang ke Kampung Kebakat untuk mencari kebenaran tentang kehadiran ‘langsuri berkenaan.

Ini videonya:

^LIVE ON^:MISI PENCARIAN LANGSUIR KG KEBAKAT TUMPAT,(MENCARI KEBENARAN)

Posted by Paranormal Aktiviti Mistik on Sunday, 7 October 2018

Sumber: FB Paranormal Aktiviti Mistik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here