“Mimpi eksiden, ahli keluarga satu persatu tinggalkan saya” Isteri Fad Bocey kini bertudung

Isteri kepada pelawak Fad dari kumpulan Bocey iaitu Nur Syahirah kini telah berhijrah dan memilih untuk menutup aurat.

Wanita ini telah tampil menulis kepada umum dan mendedahkan sebab utama dia mengambil keputusan untuk memakai tudung.

Nur Syahirah atau lebih mesra dipanggil Sya berkata setiap hari dia bermimpi hari kiamat dan satu persatu ahli keluarga meninggalkannya.

Malah, dia kerap bercerita dengan Fad mengenai mimpi buruk tersebut namun suaminya tidak memberi sebarang reaksi menyebakan dirinya berasa resah.

Ini pendedahan dari isteri Fad Bocey:

“Bermula episod baru, tak la niat tulis utk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. Sebenarnya niat dah lama dan dah lama saya kumpul tudung. Tapi biasala iman kita turun naik, kadang tengok org cantiknya bertudung tapi bila pakai rasa mcm tk yakin. MashaAllah bukan mudah istiqamah tu.

“Akan tapi satu masa tu hampir setiap hari ,saya selalu dalam keadaan resah. Kalau kemana mana mesti otak pikir klu eksiden mati macam mana? Sampaikan setiap hari mimpi kiamat. Mimpi family satu persatu tinggalkan saya.

“Saya selalu crita dgn fad sy mimpi buruk tapi without no reaction from him sy jdi tertanya tanya kenapa rasa ni buatkan saya resah tak brhenti pkir.

“Sampai la satu hari tu saya dapat satu mimpi yg mmg saya takut untuk terima. Saya mimpi saya mati tinggalkan anak2. Bila bangun rasa sedih rasa sayu sebab kita yg setiap pagi mandikan anak2 ,siapkn anak2 pegi school ,hantar school ,balik masak utk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tk lapar.

“Tapi klu sy tak ada nt sapa yg akan buatkan semua tu (jgn berani nak kahwin lain). Anak2 sapa yg akan uruskan, takut sgt walhal jalan yg Allah tulis kita kena redha terima semuanya. Lama sy cri apa sebenarnya yg Allah nk tunjukkan.

“Pernah dkt satu tmpt tu sy msuk dlm keadaan aurat tk sempurna utk solat dan banyak mata yg pandang pelik tapi abaikan sbb Allah tau niat kita.

“Lepas solat saya akan baca alquran yg ada terjemahan supaya saya dapat cri apa yg kurang dlm diri.”

“Saya selalu refer kwn2, salah sorangnya @syashamsul, dia slalu ckp slow slow. bukannya nk ckp pakai tudung ni kita dh jdi ckup baik ckup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yg lebih baik. Takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la utk cari kesempurnaan tu

“Takda paksaan dri suami tpi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu.

“satu ceramah yg sy dgr dri youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yg tidak menutup auratnya. Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yg dpt bimbing sy. Ramai sangat yg dm yg whatsapp ,semuanya bgi semangat. Taktau nak ckp rasa tu mcm ramainya yg syg kita

“Sebenarnya 19 jan hari first sy bertudung sepenuhnya, satu rasa yg tktau nk gmbrkan tapi hati tu rasa lapang .rasa luas .rasa lega .doakan sy terus istiqamah

Itulah luahan hati dari fad Bocey. Semoga terus istiqamah dan perjalan berhijrah dipermudahkan olehNya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here