Micheal Ang Kecam Program Dewi Remaja 2019

Rancangan realiti program popular iaitu Dewi Remaja yang sedang ditayangkan di kaca tv menerusi Astro telah mendapat perhatian pengarah popular iaitu Micheal Ang atau lebih mesra disapa sebagai Mike.

Pengarah dan penerbit itu telah pun memberi komen pedas terhadap rancangan tersebut dan apa  yang berlaku dalam industri hiburan tanah air.

Menerusi laman sosial Twitter miliknya, dia telah lantang memberi pandanga terhadapprogram Dewi Remaja 2019 yang disifatkan fesyen yang dipakai salah seorang peserta program itu tidak sesuai dipergayakan oleh peserta itu.

Dia juga mempertikaikan cara foto yang diambil oleh jurugambar Dewi Remaja tersebut yang dilihat tidak professional langsung.

Jelasnya lagi sebagai rancangan yang dikatakan ala-ala konsep program racangan antarabangsa harus menitik beratkan peranan seorang stylist yang sekaligus bertanggungjawab memberi baju peragaan yang sesuai kepada peserta .

Katanya lagi tugas seorang juru gambar profesional harus bersikap lebih peka dengan persekitaran agar tiada gangguan dalam foto yang di rakam sekaligus dapat menghasilkan foto yang cantik.

Ini komen Micheal Ang tentang gambar Dewi Remaja:

“ Serious la stylist dewi remaja ni stylist keluar dari sekolah mana ni??”

“ And photography dia org pun mcm apooo… Nampak tak siap ada penonton kat bawah tu!

“ Photographer juling ke? Concept dah la sebijik top model kalau dah nak ikut sama make sure quality pun sama. Sedih!

Rata-rata pengguna laman sosial Twitter yang lain bersetuju dengan apa yang dikomen oleh Micheal Ang itu. Ada juga yang menyifatkan bahawa gambar kedua peserta Dewi Remaja 2019 itu tak ubah seperti orang yang baru lepas balik memancing.

Sekali tengok memang sangat tepat dengan apa yang dikatakan oleh Mike ini. Harap program reality ini dapat menjaga standart mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here