“Mesti Badan Emma Maembong Berat Sebab Banyak ‘Pahala’ Masuk” – Noh Salleh

Sekarang semua orang pun dah tahu bahawa Emma Maembong telah pun buka tudung nya dan kembali free hair.

Memang penuh kisah tentang pelakon cantik ini di laman sosial media dan mendapat banyak respon daripada banyak pihak termasuk rakan artis, netizen dan semua lapisan masyarakat.

Kalau dapat dilihat, dari yang memberi komen, hanya segelintir sahaja yang memberi kata-kata semangat dan kebanyakkannya mengecam tindakan pelakon itu dan menjadi makcik bawang.

Melihat perkara ini berlaku, Noh Salleh, vokalis kumpulan Hujan telah tampil memberi pendapatnya tentang isu ini.

Ini respon Noh Salleh:

“Masa ni aku rasa Emma Maembong rasa badan dia berat sebab pahala banyak gila masuk,”

“Semua orang jadi Tuhan tiba2 mengadili sesama,”

Penyanyi berusia 34 tahun itu menyatakan, apabila Emma Maembong telah tewas dan kembali berpaling dari penghijarahan, orang ramai mula menghakimi dan cuba menjadi seperti Tuhan lantas mencari kesalahan seseorang individu walaupun mereka tidak mempunyai hak bagi mengadili sesama manusia.

Isteri Noh iaitu Mizz Nina memang tak dinafikan antara selebriti yang membuat penghijrahan besar dalam hidupnya.

Kisah penghijrahan Mizz Nina amat luar biasa dan sering dijadikan inspirasi buat wanita Muslim yang lain. Apa taknya Mizz Nina merupakan artis antarabangsa dan pernah berkolaborasi bersama artis international seperti Colby O’Donis, Flo Rida dan Jay Park.

Kini Mizz Nina sudah tak lagi terlibat dalam nyanyian, dan anak kepada juatawan ini kini lebih berminat mendalami ilmu agama.

Noh Salleh sebenarnya merupakan sumber kekuatan bagi Mizz Nina untuk terus beristiqamah dalam menutup aurat dan untuk terus mendalami ilmu agama.

Untuk pengetahuan, Mizz Nina dan Noh Salleh berkahwin pada tahun 2011.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here