Mereka tak akan faham – Amyra Rosli perjelas adegan atas katil

Pelakon Amyra Rosli memberitahu adegan romantik dalam drama terbaru lakonannya bersama Fendy Bakry berjudul “Kan Ku Kejar Cinta Kamu” tidaklah menunjukkan adegan yang keterlaluan.

Isteri kepada Amar Baharin ini berkata, kebanyakkan adegan yang dibuat di atas katil atau dalam bilik air hanya menggunakan teknik kemera atau bantuan kru produksi yang lain.

Ini jelas Amyra Rosli:

“Drama ini mengikut novel asal memang banyak berlakon dalam bilik dan beraksi romantik sahaja sebagai suami-isteri.

“Saya mintak kelonggaran daripada pengarah iaitu Yusry untuk tidak melakukan babak-babak itu,”

Drama bersiri itu kini sedang ditayangkan pada slot Megadrama pukul 10 malam di Astro Ria.

Dalam pada itu Amyra berkata, dia tidak mengambil peduli kecaman netizen terhadap adegan yang disangkakan mereka sebagai lakonan sebenar.

“Saya selalu minta izin dan beritahu Amar (suami) ada adegan itu atau ini (mesra) dan suami saya faham. Tapi saya sendiri letak batasan yang boleh atau tidak.

“Kalau adegan atas katil yang nampak kaki atau dalam bilik air nampak tangan selalunya kru yang lakonkan.

“Peminat sudah tentu bising apabila tengok adegan sebegitu tapi saya tidak perlu jelaskan kepada mereka kerana mereka tidak akan faham pun apa yang berlaku di luar skrin,”

Sementara itu, bercakap tentang produk keluaran pertama dan menceburi bidang perniagaan, Amyra Rosli berkata, berniaga adalah persediaan untuk masa depan diri dan juga keluarganya.

Katanya, dia menyedari kehidupan sebagai artis yang ada turun naik seterusnya memerlukan dia bersedia mencari pendapatan lain.

“Produk kesihatan adalah paling sesuai dengan saya kerana saya sendiri menggunakannya. Fiber Shot ini bukan sahaja mempunyai banyak khasiat malah mampu menurunkan berat badan,”

Semoga Amyra Rosli sukses dalam semua bidang yang diceburi olehnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here