“Mereka Tak Ada Hak Larang Bekas Anggota Nyanyi Lagu UNIC” – Munir Hiijaz ‘Sound’ UNIC

Kecoh apabila anggota UNIC iaitu Najdi ada memuat naik status di Instagram yang menyindir tindakan bekas anggota UNIC iaitu Fitri Harris yang masih menyanyikan lagu UNIC.

Seorang lagi anggota UNIC, Fakhrul turut memuat naik status sama tanpa menyebut nama penyanyi itu.

Dalam pada itu, komposer Munif (Hijjaz) tampil memberi komen tentang tindakan anggota UNIC yang didakwa melarang bekas anggota kumpulan itu Fitri Haris menyanyikan lagu mereka.

“UNIC tak ada hak nak larang mana-mana bekas anggota kumpulan menyanyikan lagu kumpulan itu,”

Munif yang juga komposer lagu Ainul Mardiah berkata, sesiapa saja boleh nyanyikan lagu kumpulan itu sama ada bekas anggota atau penyanyi lain.

Menurut Munif, tindakan UNIC adalah tidak wajar kerana hak cipta lagu adalah milik Hijjaz Records.

Ini komen Munir lagi:

“Dari segi undang-undang, tak ada siapa yang boleh halang. Tindakan Fitri atau Hafiz menyanyikan lagu UNIC tidak salah. Lagu adalah umum dan sesiapa saja boleh menyanyikannya.

“Bagi saya, isu sebegini tak perlu timbul. Secara peribadi, saya tak ada masalah pun. Mungkin ada masalah dalaman membabitkan mereka hingga tercetusnya isu ini”

Sementara itu, Isman (Hijjaz) yang juga komposer lagu Hanya Tuhan Yang Tahu berpendapat UNIC tidak layak bertindak sedemikian.

Ini komen Isman Hijjaz:

“Apa hak mereka nak halang Fitri nyanyi lagu UNIC? Fitri pun bekas anggota kumpulan itu. Lagi pula, ketika bersama UNIC, Fitri yang lebih dapat perhatian bukan saja daripada segi personaliti tetapi juga vokal.

“Sekarang dalam UNIC anggota asal yang tinggal adalah Bazli. Jadi, kenapa dua anggota lain nak sibuk? Apa hak mereka?

“Sepatutnya, Hijjaz Records yang berhak nak halang bukan mereka. Ini kerana kebanyakan lagu UNIC adalah hasil ciptaan kami”

Menurut Isman, UNIC sepatutnya berterima kasih kepada bekas anggota lain kerana masih sudi menyanyikan lagu kumpulan itu.

“Saya suka cara Fitri datang berjumpa dan minta izin ketika nak merakamkan semula lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dalam versi solo. Bagi saya, ia bagus.

“Begitu juga dengan Hafiz yang mana akan minta izin setiap kali nak menyanyikan lagu ciptaan kami. Sepatutnya, UNIC kena berterima kasih dan bukannya halang,”

Itulah komen dari anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan komposer lagu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here