“Mereka patutnya ke sekolah esok.. Betapa hancur luluh perasaan kami” – luahan hati bapa mangsa lemas

Memang sedih membaca kisah adik beradik yang meninggal dunia akibat lemas ketika bercuti di Terengganu baru-baru ini. Tiga adik beradik pergi buat selamanya walhal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan bermula.

“Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah pergi sekelip mata” – inilah antara luahan dari bapa mangsa lemas berkenaan.

Luah si bapa iaitu Zawawi Abd Wahad, 42 tahun, yang berdepan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya iaitu yang sulung Nurain Fatma Zawawi (10 tahun), Nurain Sofia (8 tahun) dan paling bongsu Nurain Sasabila (6 tahun) telah lemas di Pantai Sura Tengah di Terengganu.

“Kali terakhir saya menatap wajah anak-anak kesayangan itu pada pagi Ahad selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan,”

Zawawi berkata dia telah menerima berita yang mengejutkan dan sedih itu menerusi panggilan telefon daripada ahli keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan terus bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36 tahun.

Sempena musim cuti sekolah, sebelum kejadian, Zawawi berkata mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu.

Kemudian pada hari Ahad mereka datang ke sekolah untuk mengambil buku teks. Kemudian ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41 tahun, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun dan takdir Tuhan ketika itulah insiden ini berlaku.

Ini jelas Zawawi lagi:

“Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.

“Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak ‘pergi’ sekali gus,”

Ahli keluarga mangsa kini dalam keadaan sugul dan terkenang ketiga tiga mangsa.

Ibu mangsa iaitu Nur Syahida beebrapa kali terlalu sedih adn hiba serta hampir pengsan dan terpaksa dipapah suaminya Zawawi selepas ketiga-tiga jenazah anak mereka ditemui oleh pasukan penyelamat.

Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya.

Ini luahan bapa mangsa lagi:

“Biarpun sedih, saya kena terima ketentuan ini dengan tabah. InsyaAllah anak-anak saya itu akan mendoakan untuk bertemu dengan kami di syurga,”

“Saya dan isteri sangat terkejut menerima berita sedih yang menimpa anak kami dan saya tidak putus berdoa supaya mereka ditemui selamat.”

“Kali terakhir saya menemui mereka bertiga ialah pada pagi kejadian ketika saya membawanya mereka membeli buku pelajaran”

“Ketika itu luluh hati saya dan isteri apabila mengenangkan semua anak saya pergi meninggalkan kami sekali gus dalam sekelip mata.

“Alhamdulillah semua anak saya telah dijumpai dan biarpun tidak bernyawa sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka semua,”

Untuk pengetahuan, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang Ahad, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.

Takziah buat keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here