“Menyesal buka mulut..” – Nabil Ahmad

Pengacara gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad berasa menyesal kerana buka mulut tentang isu hutang tertunggak dengan DS Vida. Ini kerana tindakannya itu secara tidak langsung telah memberi promosi secara ‘percuma’ kepada individu berkenaan.

Nabil menambah, dia amat terkejut apabila usahawan berkenaan mengambil kesempatan mengajak netizen menyertai kelas perniagaan kelolaannya selepas didakwa menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya menyesal membuka mulut mengenai hal (hutang) terbabit kerana dia menggunakan peluang itu untuk mengajak orang ramai menyertai kelas yang dikendalikan olehnya. Tidak sangka, dia menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan publisiti secara mudah, tanpa perlu mengeluarkan duit.

“Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya. Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai. Selebihnya adalah (urusan) antara dirinya dengan Tuhan”

Dakwa Nabil, dia tidak tahu apa tujuan sebenar usahawan terbabit menabur fitnah dengan mengatakan dirinya dan teman seperjuangan, Jihan Muse, tak mengendahkannya.

“Tuduhan itu membuatkan saya tergerak hati untuk membuka mulut”

Isu hutang berkenaan dibangkitkan pengacara yang juga pelawak dan pelakon terkenal itu selepas DS Vida telah mendakwa pebgacar Gegar Vaganza iaitu Nabil dan Jihan tidak menegurnya ketika dia menghadiri acara konsert akhir rancangan berkenaan.

Nabil turut meluahkan rasa simpati kepada penaja utama program terbabit apabila perhatian orang ramai dikatakan terarah kepada pihak lain pula.

“Jika boleh, saya enggan lagi membuka mulut mengenai perkara ini kerana tidak mahu memberikan publisiti mudah kepada pihak terbabit. Orang lain yang mengeluarkan wang, tetapi tumpuan diberikan kepada pihak lain pula”

Itulah komen dari Nabil Ahmad.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here