Nama Jihan Muse memang dikenali sebagai pelawak dan pengacara yang amat hebat ketika ini di Malaysia.
Bermula sebagai peserta wanita untuk rancangan Raja Lawak, Jihan Muse mula mengorak langkah dan kini bertapak dalam bidang industri hiburan. Pejam celik kini dah 10 tahun Jihan Muse menceburi bidang seni tanah air.
Sempena 10 tahun Jihan dalam dunia seni, pelawak ini telah meluahkan rasa hati yang terbuku.
Katanya, memang amat sukar untuk dirinya menjadi seperti sekarang dan bergelar pelawak wanita.
Antaranya ialah diri nya kena betul-betul kuat terutama dari segi mental.
Ini komen dari Jihan Muse:
Alhamdulillah.. semuanya atas izin Allah. Utk bergelar Pelawak ‘Wanita’ bukan mudah. Untuk dihormati sebagai pelawak juga bukan mudah. Sekarang mungkin diterima tapi utk melalui ‘proses’ diterima itu sangatlah sukar. Mental kena sangat2 kuat. Hati kene sangat2 kering. Muka kena sangat2 tebal. Minda kena sangat2 pantas. Diri kena sangat2 berani. Untuk perjalanan saya selama 10 tahun memikul nama Pelawak ni, saya rasa saya dah dapat lebih dari apa yg saya mahukan. Saya dapat buat lebih dari apa yg saya bayangkan. Semuanya atas bantuan org di sekeliling saya. Syukur Ya Allah atas rezeki dan nikmat yg Kau berikan ini. Berpijak di bumi nyata tidak terbang di awangan teruskan berkarya menghiburkan orang juga satu ibadah. Terima kasih semua yg bekerjasama, yg menyokong dan mendoakan. Jazakallah.
Apapun tahniah buat Jihan Muse kerana kini amat berjaya terutama dari segi bidang pengacaraan yang amat bagus dan sentiasa mencuit hati para penonton.
Jihan Muse amat terkenal dengan cara selambanya ketika menjadi pengacara rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad.
Sumber: Ig Jihan Muse