Mengaku Bercinta Namun Belum Fikir Kearah Seterusnya

Pengacara Nabil Mahir akhirnya telah mengaku bahawa dia ini sedang sedang dilamun cinta dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Menurut Nabil dan juga Ayda Jebat mereka tidak lagi merahsiakan hubungan cinta dengan keluarga masing-masing. Malah Nabil juga dikatakan telah membawa Ayda berjumpa dengan ibunya.

Kata pengacara ini lagi dia dan Ayda Jebat sudah lama berkawan tapi mula jadi semakin rapat sejak beberapa bulan yang lalu dan akhirnya timbul bibit cinta di antara mereka.

Walaupun mereka telah mengumumkan bahawa hubungan cinta mereka namun Nabil dan Ayda Jebat masih belum ada perancangan untuk bawa hubungan mereka ke fasa pertunangan mahupun perkahwinan.

Ini komen daripada pasangan ini lagi:

“Memandangkan Ayda dah buka mulut tentang hubungan kami, dah tiba masanya tuk saya beri noktah kepada teka-teki ini. Benar, kami menjalinkan hubungan cinta. Cuma kurang pasti tarikh cinta kami mula berputik. Sebab dah dewasa, kami bercinta apabila masing-masing selesa”

“Ahli keluarga kami dah pun jumpa. Ini untuk elak timbul sebarang masalah di masa hadapan. Lebih senang, jika mereka selesa berjumpa dan bergaul.

“Baru saja letakkan label pada hubungan, saya fikir masih terlalu awal untuk kongsi lebih lanjut tentang fasa hubungan kami yang seterusnya”

“Tipulah jika saya katakan tidak pernah berbicara tentang perkahwinan, cuma perbualan itu secara kasual. Belum ada sebarang perancangan kerana kami tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

“Hubungan ini masih lagi baru, jadi kami perlu kenali satu sama lain lebih jauh lagi. Doakan baik-baik untuk hubungan ini,”

Kata Nabil Mahir lagi, hubungannya dengan Ayda jebat telah diketahui kedua-dua keluarga dan ini  sangat penting sebagai  megelak timbul salah faham atau masalah di masa depan.

Nabil juga mengakui bahawa mereka berdua masih dalam fasa untuk kenali hati budi dan perangai masing-masing.

Semoga hubungan diantara pasangan ini sampai ke jingjang pelamin dan segalanya berjalan lancar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here