Memang Tak Sangka Ini Punca Farawahida Tersingkir GV5

Peserta bersuara lunak, Farawahida akhirnya telah gagal mara dan perjalanannya terhenti apabila diumum tersingkir sekaligus gagal mara ke konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) minggu hadapan.

Farahwahida yang menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta (nyanyian asal Rossa) mendapat markah paling rendah di konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Apabila ditanya kenapa Farawahida tersingkir, Juri tetap Datuk Ramli MS berkata, penyanyi tersebut melakukan banyak kesalahan dan suara agak sumbang pada malam itu.

Ini penjelasan Dato Ramli MS:

“Dia banyak melakukan kesalahan dan banyak kedengaran sumbang. Dia sangat shaky, banyak off pitch. Saya menggunakan alat khas untuk mendengar vokal.

“Dekat telinga saya kedengaran sangat jelas. Saya menilai dengan adil dan saya mendengar setiap suku kata dia ada buat kesalahan menyebabkan markahnya rendah”

“Saya tidak dengar apa-apa melainkan suara dia. Kalau tarik nafas, nafas tak cukup pun saya boleh dengar.

“Sebab bila menjuri, saya kena adil dan setiap kesalahan yang dilakukan itu saya dengar dengan jelas”

Peserta yang berjaya meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee, Billy Zulkarnain, Dia Fadila, Zamani dan Forteen.

Amelina dilihat peserta paling cemerlang pada malam itu dan berjaya mendapat tempat pertama diikuti Billy Zulkarnain. Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Zamani.

Para peserta diadili oleh dua juri profesional yang tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sementara juri jemputan ialah Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here