MEMANG SERAM! Suami isteri ‘psycho’ bunuh 20 wanita.. potong, masak kemudian makan mangsa

Memang jenayah yang amat kejam dan gila!. memang betul tak terduga ada pasangan suami isteri bersifat kanibal apabila didakwa membunuh 20 wanita untuk dijadikan sebagai santapan mereka.

Pasangan suami isteri ini bernama Juan Carlos dan isterinya, Patricia dan kedua-dua mereka mengaku terhadap pertuduhan mengamalkan kanibalisme di Mexico.

Juan Carlos dikatakan mempunyai perasaan benci yang amat sangat terhadap kaum wanita dan gemar menyeksa mereka dengan teruk sehingga mati. Lebih teruk, mangsa yang dibunuh akan dijadikan sebagai makanan anjing peliharaannya.

Ketika disoal siasat, Juan Carlos akui selain menjamah, mangsa juga dijadikan makanan kepada anjing-ajing mereka,

Ini katanya: “Saya lebih suka anjing saya makan daging wanita-wanita itu daripada biarkan mereka hidup dan bernafas dalam oksigen yang sama dengan saya”

Juan Carlos emmpunyai sejarah terseksa ketika kecil dan mendedahkan dia dipaksa menonton aksi melampauibunya bersama beberapa lelaki dan turut diarahkan memakai pakaian wanita,ketika kecil.

Penyiksaan itu dikatakan menjadi antara punca kenapa Juan Carlos jadi begitu dan amat membenci wanita sehingga sanggup membunuh mereka.

Selain Juan, isterinya yang bernama Patricia turut disahkan menghidap masalah mental sejak kecil.

Walaubagaimanapun, pakar psikiatri mendakwa, pasangan suami isteri itu masih lagi boleh membezakan perkara yang betul atau salah, sekali gus menolak pengecualian hukuman atas sebab kesihatan mental.

Menurut pakar psikiatri, ketika temubual, Juan Carlos turut mendedahkan yang dia akan berterusan membunuh wanita jika dia dibebaskan dari penjara.

Sementara ittu, Ketua Polis Mexico, Alejandro Gomez menyifatkan pembunuhan bersiri yang dilakukan pasangan itu sebagai sesuatu yang menakutkan.

Dalam satu pendedahan berlainan, Patricia juga dikatakan pernah memberi arahan supaya Juan Carlos memotong kaki mangsa wanita untuk dijadikan sebagai hidangan stik yang dimakan oleh mereka berdua. Memang seram!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here