“Memalukan Penggiat Seni” – Bekas Pengurus Dedah Permintaan Zamani Tidak Diendahkan?

Semalam Zamani menjadi tumpuan apabila membisu di atas pentas dan tidak dapat membuat persembahan ketika konsert minggu kelima Gegar Vaganza. Rupanya Zamani adalah masalah kesihatan dan suaranya tidak boleh keluar.

Namun ada satu pendedahan yang dibuat oleh pengurusnya bernama Jihan Aziz. Dikatakan penyanyi Zamani rupanya ada telah menawarkan untuk menarik diri dalam Gegar Vaganza 5 (GV5) pada malam Ahad atas faktor kesihatan.

Namun permintaan dari vokalis kumpulan Slam itu dikatakan telah tidak diendahkan pihak produksi yang tetap mahukan penyanyi itu membuat persembahan yang akhirnya memalukan dirinya apabila dia gagal menyanyi.

Perkara itu didedahkan oleh bekas pengurus artis berkenaan Johan Aziz sebaik rancangan itu berakhir.

“Dalam apa jua program hiburan TV kerjasama antara penerbit dan artis itu wajib.

“Adalah wajar penerbit/team produksi GV5 mengambil keputusan bijak untuk tidak teruskan Zamani menyanyi.

“Perlukah untuk menaikkan rating rancangan lalu memalukan penggiat seni? Walaupun dah diberitahu keadaan kesihatan tak mengizinkan dan permintaan tarik diri dari awal tak di endah.

“Adakah ini namanya industri hiburan,”

Itukah antara kata Johan menerusi satu status Facebook miliknya yang menjadi viral.

Sementara itu, Aalan Ahmad mengatakan dia kini yang menguruskan Zamani dan bukannya individu bernama Johan Aziz. Kata Aalan, pihaknya belum membuat keputusan untuk menerima tawaran imuniti kerana ingin melihat keadaan penyanyi itu dalam masa beberapa hari lagi.

“Buat masa sekarang ini, Zamani masih dalam proses berehat. Dia masih belum buat keputusan sama ada mahu menerima tawaran imuniti itu atau tidak. Jadi, ada kemungkinan dia tarik diri atau mungkin meneruskan persembahan. Bergantung pada keadaan kesihatannya dalam beberapa hari ini”

“Sebenarnya lebih kurang 3.30 petang Zamani sampai dewan, dia masih lagi okey tapi secara tiba-tiba petang ketika sesi latihan suara dia semakin hilang.

“Tapi memikirkan tidak mahu ada salah faham berlaku sekiranya tak muncul di pentas, dia gagahkan diri untuk teruskan persembahan biarpun ketika itu suaranya sudah tiada.

“Dia tak nak orang kata bukan-bukan kalau tak buat persembahan. Tidak ada niat untuk malukan diri atau meminta simpati daripada mana-mana pihak”

Dalam pada itu, Aalan turut menjelaskan status yang dimuat naik bekas pengurus Zamani, Johan Aziz yang mengatakan penyanyi itu mahu menarik diri namun pihak produksi tidak mengendahkan adalah tidak benar.

Kata Aalan, isu tarik diri itu pernah timbul sebelum bermulanya konsert GV5 namun Zamani sudah bersetuju dengan pihak Astro untuk menerima tawaran menjadi peserta program tersebut.

“Saya ingin jelaskan bahawa kenyataan Johan Aziz yang mengatakan Zamani ingin menarik diri tetapi pihak produksi tidak ambil peduli itu sememangnya tidak benar.

“Zamani tidak pernah keluarkan kenyataan ingin menarik diri. Tapi memang isu itu sudah lama timbul sejak sebelum konsert bermula lagi.

“Sebelum Zamani setuju nak sertai GV5, dia sudah beberapa kali berjumpa dengan pihak Astro dan berbincang. Jadi tiada pun isu tarik diri itu”

Itulah katanya yang mengesahkan dia kini menguruskan Zamani dan bukan lagi Johan.

Zamani sepatutnya tersingkir dari rancangan ini namun penaja Gegar Vaganza iaitu Aliff Syukri menggunakan kuasa imuniti untuk menyelamatkan Zamani dari tersingkir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here