Meloyakan! Pelangan Disaji Mee Segera Berulat

Meloyakan dan jijik! Antara respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton satu  video tular yang menunjukkan  hidangan mee segera yang berulat telah diberikan kepada pelanggan sebuah restoran di Seri Manjung baru ini.

Difahamkan bahawa orang yang bertanggugjawab memuat naik video tersebut ialah Wan Mohd Amirul memberitahu insiden tersebut terjadi kepada kawannya pada pukul 5 pagi.

Menurut lelaki ini lagi, tiada niat baginya untuk menularkan restoran tersebut dan  menegaskan bahawa ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga kepada orang lain supaya lebih berhati-hati apabila makan restoran.

Ini komen dari individu yang juga kawan kepada mangsa yang hampir menjamah mee segera berulat:

“Rasanya mee segera tiada masalah, cuma ulat dari ayam yang dipercayai sudah beberapa hari. Nasib baik dia belum sempat menjamah hidangan itu”. 

“Rakan sudah memaklumkan kepada orang kedai berkenaan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana peniaga tidak mementingkan kebersihan makanan,”

Wan Mohd Amirul juga berpendapat bahawa mee segera itu tidak tercemar dengan ulat dan kemungkinan ia datang dari ayam yang dicampurkan dalam mee tersebut yang mungkin sudah dibiarkan berberapa hari.

Rakannya juga turut memaklumkan kepada pihak kedai makanan tersebut dan sepatutnya perniaga makanan haruslah mengambil langkah bagi menjaga kebersihan premis untuk pelangaan supaya tidak timbul isu seperti ini.

Hasil tinjauan daripada pihak berkuasa telah mendapati, restoran itu telah pun  diarahkan tutup selama 14 hari bermula jam 4.30 petang sejak semalam.

Warga netizen juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati apabila mahu makan di premis  restoran, warung atau kedai. Tinjau dulu tahap kebersihan serta kualiti makanan yang disediakan oleh restoran agar kebersihan dan kesihatan kita terjamin dan tidak jatuh sakit dikemudian hari. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here