Masuk Ikan dalam minyak belum panas.. pegang pisau pun salah! – Dato Chef Wan tempelak chef selebriti

Legenda chef selebriti tanah air iaitu Dato Chef Wan telah tampil memberi teguran buat mereka yang berminat dalam dunia masakan supaya belajar dulu dan menimba ilmu serta lebih banyak pengalaman sebelum menggelarkan diri chef selebriti.

Chef Wan berkata, sebenarnya tiada tiket mudah bagi mana-mana individu yang mampu menunjukkan skil menyediakan hidangan dalam program televisyen (TV) atau pertandingan, mendapat gelaran seumpama itu.

Ini komen Chef Wan:

“Berada pada tahap ini (chef selebriti) memerlukan lebih daripada kebolehan memasak atau pandai bercakap. Sebaliknya, kita memerlukan latihan profesional dan pengalaman luas.

“Tetapi di Malaysia pelik sedikit… Ini kerana setakat boleh masak atau bersembang dengan kamera, terus dipanggil chef selebriti.

“Sebab itu kita nampak di TV, individu yang dipanggil chef selebriti terus masukkan ikan dalam kuali ketika minyak belum panas. Malah, ada sebilangan daripada mereka cara pegang pisau pun salah,”

Chef Wan berkata, layanan terhadap golongan muda yang sewenangnya digelar chef selebriti sangat ketara sampaikan orang luar sedar dan mempertikaikannya.

“Perkara begini orang luar nampak dan maklumkan kepada kita. Bersepah sekarang chef selebriti. Tetapi kalau silap beri gelaran kepada individu tidak sepatutnya, lama-kelamaan hilang mutu chef di Malaysia,”

Chef Wan yang sering diundang berkongsi pengalaman di luar negara memberitahu, luahan itu dibuat kerana enggan tahap profesionalisme chef selebriti tercalar gara-gara wujudnya kumpulan ‘chef segera’.

“Saya tak rasa cemburu pun. Sekadar meluahkan pandangan daripada apa yang saya nampak dan maklum balas teman seperjuangan lain.

“Nasihat saya, gali dulu pengalaman, belajar dan pertingkatkan latihan di dapur. Saya dan Martin Yan (chef Martin) diundang berkongsi pengetahuan di sana-sini bersandarkan pengalaman bertahun-tahun.

“Mungkin individu terbabit blogger makanan dan pengacara yang bagus tetapi tidak bermakna dia boleh jadi chef selebriti segera,”

Chef Wan dan Chef Martin akan berganding dalam satu rancangan masakan yang akan disiarkan tak lama lagi.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here