Masih Terbayang Di Ingatan Saya Keadaan Kakak – Ayah Siti Surya Terkenang Lihat Keadaan Arwah Berlumuran Darah

Luluh hati seorang ayah apabila mengenangkan kembali insiden ngeri dan menyayat hati apabila anak perempuannya itu dibunuh dengan kejam. Malah kejadian yang baru saja berlaku ini masih segar diingatan seorang insan bernama ayah.

Harian Metro melaporkan, ayah arwah masih lagi trauma dan sehingga kini tidak mampu menjejakkan kaki di rumah mereka di Kampung Lubuk Baru, Telemong.

Buat masa ini, mereka sekeluarga tinggal sementara waktu di rumah datuk arwah di Kampung Beladau Selat, Kepong.

Menurut Ismail Muda, 58 sekarang ini hanya anak lelaki sahaja yang berulang alik berulang alik pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluan seperti pakaian namun tiada yang sanggup bermalam di sana buat ketika ini.

Masih terbayang di ingatan saya keadaan kakak (Siti Nur Surya) yang berlumuran darah ketika ditemui di ruang tamu rumah. Itulah yang menyebabkan saya sendiri belum mampu balik ke rumah di Telemong selepas kejadian itu.

Di samping itu, keadaan isteri saya (Zaini Musa, 55) yang terlantar sakit akibat kanser otak menyebabkan saya tidak boleh tinggalkan dia dalam tempoh yang lama.

Kini selepas ketiadaan arwah, Ismail yang menguruskan isterinya sendiri kerana sebelum ini ‘kakak’ yang selalu menjaga isterinya yang kini terlantar sakit barah otak.

Semoga keluarga arwah Siti Nur Surya tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here