Masih Ingat Isu Macau Scam, Alvin Goh & Ady Kana? Tulisan Lawyer Muda Ini Beri Peringatan Pada Kita Semua..

Kecoh satu Malaysia sejak akhir-akhir ini apabila terbongkarnya sindiket Macau Scam yang disyaki telah mengaut keuntungan ‘atas angin’ membabitkan nilai ratusan juta ringgit.

Penulisan dari seorang lawyer muda ini menjadi tular dan mendapat perhatian lebih daripada 124,346 orang di twitter. Dipetik dari twitter Jatikhawan

Hati-hati dalam sebarang urus niaga kalau tak nak ditangkap kerana bersubahat. Dalam kes Addy Kanna dan Alvin Goh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah buat pengesahan bahawa laporan keduanya terlibat dengan kegiatan menipu dalam talian adalah tidak tepat namun mereka adalah ejen.

Kalau baca laporan media berkenaan kes ni, kedua nama di atas sememangnya mempunyai perniagaan menyewa premis dan peralatan pengkomputeran. Bawah Seksyen 107 Kanun Keseksaan, ia dijelaskan seseorang itu boleh dianggap sebagai bersubahat jika dia melakukan mana-mana empat perkara.

Jadi mungkin benar yang Addy dan Alvin ini tidak terlibat secara langsung dan mungkin ada pada satu ketika, mereka mengetahui tentang kegiatan menipu dalam talian yang dijalankan menggunakan alatan dan premis mereka. Itulah sebabnya penting untuk tahu siapa pelanggan kita.

Addy dan Alvin dalam kes ni telah jalankan satu perniagaan dan katanya tak tahu apa pelanggan mereka buat. Saya percaya SPRM dan pihak polis ada hasil siasatan yang lebih lengkap berkenaan hal ini. Apa pun, jika benar ada elemen bersubahat, wajarlah di bawa ke pengadilan.

Buat ahli perniagaan juga, janganlah buat-buat lupa atau megelak daripada nak bayar cukai. Dah berapa banyak kes ahli perniagaan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan tak bayar cukai. Compliance to the law is something of paramount importance. Jangan nanti habis pekung terbuka.Mereka yang gemar menayangkan kemewahan (contoh isteri Addy Kana) pun kena selalu beringat, banyak mata-mata memerhatikan anda. Tambah pula zaman internet di hujung jari dan netizen cerdik-cerdik belaka, sepandai-pandai tupat melompat akhirnya jatuh ke tanah jua kata orang tua.

Sekali lagi diingatkan, berhati-hati dalam berniaga. Jangan sampai terpalit najis yang sama dengan hal-hal yang tak ikut lunas undang-undang. Bukan saja mencemarkan nama baik, juga boleh menjejaskan perniagaan yang dibina. Jangan jadi macam Addy dan Alvin.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here