Masih belum pinang Erra Fazira, akhirnya Shahir AF beri respon

Adakah mereka berdua ni bakal kahwin, kenapa masih belum ada pinangan? Itu merupakan antara soalan yang sering bermain di minda orang ramai terutama peminat Erra Fazira dan juga bekas juara Akademi Fantasia Shahir Zawawi.

Sehingga ke hari ini, Shahir yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelapan, masih tidak lagi melamar atau masuk meminang Erra Fazira walhal sebelum ini memang ada buat kenyataan ingin mengahwini Erra Fazira.

Sehinggakan Erra Fazira sendiri akui, dia pun sukar untuk menjelaskan hubungan antara mereka berdua kerana masih tak tahu dengan hala tuju hubungan berkenaan.

Melalui satu laporan portal Berita Harian, Shahir akhirnya memberi respon balas tentang perkara ini.

Jelas pemuda ini, dia menyerahkan segalanya kepada jodoh dan akui agak sibuk sehingga jarang berjumpa dengan Erra Fazira ketika ini. Namun jelasnya, hubungan mereka berdua masih lagi baik.

Ini komennya:

“Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan. Mungkin kedengaran klise, tetapi insya-Allah, andai ada jodoh, kami pasti bersatu”

“Saya sibuk dengan kerja, jadi kami jarang dapat jumpa. Erra faham situasi saya kerana masing-masing mempunyai urusan yang perlu diselesaikan”

Shahir berkata, meskipun tidak terlalu aktif dengan kerjaya seni, jadualnya tetap padat kerana sentiasa berada di luar daerah.

“Sebelum ini, saya agak sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik. Sebagai abang, saya perlu membantu untuk melicinkan perjalanan majlis.

“Saya juga sudah lama tidak aktif di laman sosial. Jadi, mungkin itu yang menyebabkan peminat beranggapan, saya sudah menyepi dari industri hiburan”

Tentang kerjaya seninya yang agak tenggelam, Shahir berkata, dia sedang menyusun perancangan untuk merakamkan lagu baru selepas semua urusan kerjanya selesai.

“Memang saya ada niat untuk keluar dengan lagu baru, malah sedang memilih lagu yang sesuai untuk dirakamkan. Insya-Allah, jika sudah bertemu lagu yang berkenan, saya akan kembali ke studio rakaman”

Sebelum ini, Erra Fazira ada buat kenyataan tentang hubungannya dengan Shahir dan tidak tahu ke aman arah hubungan mereka.

Sumber: BERITA HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here