Ramai tertanya juga kenapa penyampai Suria, Shahrol Shiro kadang-kadang mucul dan ada kalanya tidak di stesen radio itu.
Akhirnya hari ini, melalui laporan mStar, perkara ini terjawab apabila dikatakan Shahrol Shiro sebenarnya ada masalah disiplin yang teruk dan sering ponteng kerja.
Perkara itu menyebabkan Kumpulan Radio Star (SRG) terpaksa mengambil tindakan drastik dengan menamatkan kontraknya.
Pihak pengurusan Suria dalam satu kenyataan berkata, penamatan tersebut berikutan faktor prestasi kerja yang kurang memuaskan selama dia berkhidmat kurang enam bulan di stesen itu.
Ini satu kenyataan tentang hal ini:
“Dia sebenarnya menandatangani kontrak selama setahun tetapi pihak kami terpaksa menamatkan kontrak tersebut berkuat kuasa pada 11 Januari 2019 yang mana kurang enam bulan dia berkhidmat di stesen radio ini.
“Selain daripada prestasi kerja Shahrol kurang memuaskan, dia juga ingkar perintah dan melanggar peraturan serta garis panduan kerja yang ditetapkan seperti tidak hadir bertugas tanpa pemberitahuan, lewat memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi, kerap mengambil cuti sakit (MC) tanpa mengemukakan sijil daripada pegawai perubatan serta tidak menghadirkan diri ke acara yang dianjurkan Suria,”
“Kami tidak membuat hebahan awal tentang penamatan kontrak Shahrol kerana tidak mahu fokusnya dalam MLM2018 terganggu.
“Hari ini (Selasa) adalah masa paling sesuai untuk membuat pengumuman tersebut,”
Itulah penjelasan dari jurucakap tentang hal berkenaan.
Jumaat lepas, Shahrol dan Ajak (kumpulan Shiro) telah diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang melayakkan mereka mendapat RM500,000.
Dalam sidang media selepas kemenangan itu Shahrol mendedahkan dia tidak menyambung kontraknya selepas enam bulan bekerja sebagai penyampai radio Suria menerusi segmen Team Pagi Suria bersama Issey dan Fizi Ali yang disertainya sejak 1 Ogos 2018.
Dalam pada itu pihak Suria sedang mencari pengganti Shahrol untuk menemani Issey dan Fizi Ali dalam masa terdekat.
Pihak pengurusan turut berterima kasih kepada dua penyampai Team Pagi Suria yang banyak membantu mengekalkan momentum Suria sepanjang ketiadaan Shahrol.
Shahrol sebelum ini pernah masuk ke Suria pada tahun 2017 namun hanya berkhidmat selama tiga bulan sahaja sebelum beralih ke Best FM di Johor.
Dia kemudiannya ditawarkan semula sebagai penyampai Suria pada tahun lalu namun kini telah ditamatkan kontraknya.
Sumber: mStar