Umum kini dah tahu tentang kes rumah tangga Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufiyan atau lebih mesra dengan nama PU Abu.
PU Abu dikatakan menceraikan isterinya yang sarat mengandung untuk berkahwin dengan seorang janda. Ini sekaligus telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Rakan yang juga bekas peserta Pencetus Ummah iaitu PU Rahmat telah tampil memberi komen. Menerusi laman Twitter, Pu Rahmat memberi respon pandangannya tentang isu ini.
Kali ini, pendapat Pu Rahmat ini telah mendapat reaksi positif daripada orang ramai.
PU Rahmat menjelaskan bukan isu talak yang patut diperbesarkan, namun masalah besar terjadi apabila ianya mendatangkan mudarat kepada isteri yang sedang sarat mengandung.
Hal ini kerana segala kos bersalin, rawatan kesihatan dan nafkah amat diperlukan oleh bekas isteri dan anak yang dikandung. Memang betul juga kata-kata dari PU rahmat ini.
Ini komen penuh Pu Rahmat:
Masalah besar bukan pada talak semasa mengandung itu dibenarkan atau tidak.
Masalah besar pada bahaya mudarat talak itu kepada isteri yang sedang mengandungkan anak sipenalak.
Emosinya terganggu dan boleh buat dia mahu membunuh anak dalam kandungan serta bunuh diri.
kos bersalinnya, kos kesihatan anak, nafkahnya, mut’ah bekas isteri dan sistem sokongan keluarga yang diperlukan oleh bekas isteri dan anak.
Tak cukup difahami dalam kerangka teknikal fiqh. Ia perlu difahami secara sistemik kerana Syariah itu suatu sistem.
Solat jika difahami dalam kerangka fiqh, hanya terbatas apabila sampai salam, atau zikir-zikir pasca salam. Bagaimana dengan pengaruhnya kepada taqwa? Kepada tarbiah? al-Quran sebut tapi bukan dalam batasan teknikaliti sahaja.
Solat sepatutnya melahirkan orang yang tidak rasuah dan Tekun dalam bekerja serta baik sesama manusia
Maka, masyarakat kemudian kerajaan perlu bela, respon, dan nasihat, terhadap apa-apa bentuk penindasan sosial khususnya kepada Ibu Tunggal .
Saya bermuhasabah atas segala apa yang berlaku dan berharap agar saya menjadi suri tauladan yang baik buat keluarga.
Salam
Di laman FB pula ini tulisan dari Pu Rahmat tentang Pu ABu:
PU Abu
1) Saya tidak boleh menjadi saksi atau pembela tentang peribadi beliau kerana kami tidak rapat dan tidak pernah bermusafir atau bergerak kerja bersama.
2) Talak PU Abu Jatuh walaupun isterinya sedang sarat mengandung berdasarkan hadith Ibnu Umar RA – Sahih Muslim (1471) –
Maksudnya: Dari Ibnu Umar RA bahwa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Kemudian Umar bin Khatthab RA menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khatthab RA, ‘Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar RA) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil.
Hadith ini menjelaskan dua hukum, iaitu HARAM talak sewaktu isteri sedang haid, dan harusnya ( BOLEH) talak sewaktu isteri sedang mengandung.
hadith ini menjadi dalil keharusan talak sewaktu isteri sedang hamil yang jelas kehamilannya ( Imam Nawawi )
3) PU Abu atau sesiapa yang ingin berpoligami atau bercerai perlulah mengambil kira segala aspek seperti kondisi kesihatan isteri , perasaan, kewangan dan lain-lain. Sang isteri sedang mengandungkan anak daripada benih suami dan sedang menanggung kesakitan dan kelemahan. Berlaku Ihsan dan lemah lembutlah pada sang isteri.
4) Sewajarnya Hal Rumah tangga tidak perlu dijadikan bahan media sosial dan diuruskan secara berhemah melalui Perundangan. Jika Bekas isteri PU Abu perlukan bantuan Guaman. Saya boleh bantu seadanya.
5) Saya mendoakan yang terbaik  buat kedua pasangan ini . Saya mengharapkan PU Abu , bekas isteri dan isteri baru boleh duduk berbincang . Seperti mana pesanan Netizen
“ Benda boleh bincang buat apa gaduh”
6) Netizen juga perlu belajar bertenang dan tidak perlu menjadi batu api kerana setiap daripada kita mempunyai ujian yang berbeza. Jika menerima berita buruk maka berdoalah agar berita buruk itu tidak terjadi pada Diri kita dan keturunan kita.
7) Sejak ada kes PU dan ditambah lagi ada watak jahat Ustaz Syed Hamadi. Saya lihat kecaman terhadap para ustaz semakin tinggi . Beringatlah pepatah melayu
“ kerana nila setitik rosak susu belanga “
Dan
Marahkan Nyamuk , kelambu dibakar.
Jangan kerana ada beberapa ustaz maka kita maki “ustaz” secara melata.
8 ) semua pihak semoga menjadi lebih baik selepas ujian ini . Saya doakan Abu menjadi lebih soleh dan isteri Abu menjadi lebih solehah.
Sekian daripada saya yang faqir lagi hina.
Sumber: Twitter Pu Rahmat / FB Pu Rahmat