Masakan Power Ardell Buat Berat Nadzmi Naik 80Kg Dari 65Kg

Pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan juga Ardell Aryana yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu. Dia memberitahu bahawa beratnya sudah bertambah sejak mempunyai isteri.

Pelakon ini juga mendedahkan bahawa beratnya sudah mencecah 80 Kg berbanding sebelum berkahwin beratnya hanya 65Kg. Ini disebabkan oleh Ardell Aryana suka dan pandai memasak.

Disebabkan kepandaian memasak isterinya itu, dia selalu makan dengan banyak dan sekaligus menambahkan nafsu selera makannya.

Komen Nadzmi Adhwa lagi :

“Tengok saya semakin berisi bukan? Sekarang berat badan saya sudah mencecah 80 kilogram daripada sebelum ini 65 kilogram sahaja”.

“Ia berpunca daripada isteri saya kerana dia memang seorang yang pandai masak… makanan dia buat semuanya sedap. Apa sahaja dia masak, saya kena makan sebab nanti takut dia kecil hati”.

“Lagipun Ardell anak chef… berilah dia apa sahaja barang, dia tahu je nak masak apa. Saya paling suka kalau dia masak lemak cili api siput sedut dan sambal petai,”

“Nampaknya selepas ini saya terpaksa bekerja keras untuk kecilkan balik badan saya”.

Akibat daripada pertambahan berat badannya itu, pelakon ini juga memberitahu bahawa dia akan menurunkan berat badanya supaya tiada masalah kesihatan akan timbul akibat berat badan berlebihan itu.

Wahh! Untung sunguh Nadzmi ye.. dapat isteri yang cantik solehah dan pandai masak pula tu. Pasti masakan yang dimasak oleh Ardell sangat sedap sehinggakan Nadzmi makan bertambah tambah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here