Memang kecoh seketika apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir membertahu bahawa memang sukar untuk buat lebuh raya tanpa tol. Diimbas kembali, ianya merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke 14 iaitu menghapuskan tol.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah tampil mengajak rakyat untuk melupakan kisah lalu dan maju ke hadapan.
Syed Saddiq mendedahkan pandangannya tentang hal ini. Ini komennya:
“Sebab pada masa itu apabila kita menjalankan perbincangan mengenai polisi pada setiap hari Rabu dengan Dr Mahathir, (sebelum menang) kita berbincang mengenai isu negara termasuk isu tol. Ketika itu beliau tidak pernah menyentuh untuk hapus tol… anda boleh lihat balik perbincangan polisi itu”
Namun begitu katanya, janji hapuskan tol dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan ketika merangka manifesto dengan sangkaan bahawa ia dapat dilaksanakan.
“Kita ingat pada waktu itu kerajaan punya kewangan yang cukup untuk laksanakan perkara itu. Tapi apabila kita mewarisi kerajaan hari ini, beban hutang isu ini mula timbul”
Semalam, Tun Dr Mahathir berkata pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan. Malah Tun M mengakui bahawa janji yang terkandung dalam manifesto itu dengan andaian bahawa Pakatan Harapan tidak akan dapat menjadi kerajaan.
Tambah Menteri dari Muar ini lagi, perkara ini tak bermakna bahawa pihak kerajaan akan lepas tangan dalam isu tersebut. Katanya kerajaan menyedari, jalan penyelesaian terhadap isu tersebut ialah untuk menumpukan isu memulihkan kos sara hidup.
“Sebab itu saya katakan kita tidak boleh melihat ke belakang, kita kena bergerak ke depan. Dalam masa kita bergerak ke depan saya fikir yang paling menjadi kebimbangan rakyat adalah kos sara hidup. Ia merupakan isu nombor satu yang mempunyai kait dengan masalah tol, cukai barangan dan perkhidmatan penarikan balik subsidi”
Itulah penjelasan dari Syed Saddiq tentang isu ini.
bila berkata mengikut nafsu.. janji adalah janji
[…] Sumber […]