Masa zaman kanak-kanak meamng ada satu permainan iaitu main kahwin-kahwin. Sudah tentu ramai diantara kita yang pernah cuba permainan ini ketika zaman kanak-kanak.
Zaman dulu, memang popular permainan ni, sampai semua nerebut-rebut nak jadi pengantin dan juga pengapit.
Telah viral satu kisah apabila ada yang main kawin olok-olok masa kecil, dan bila dah besar mereka berdua bertemu jodoh.
Itulah yang dilalui sepasang suami isteri, Amru Abdullah dan Nur Fazira Abd Rahaman.
Daripada teman bersanding olok-olok kira-kira 18 tahun yang lalu, kedua-duanya yang juga sepupu akhirnya bergelar suami isteri yang sah.
Pasangan ini bernikah pada 1 Disember lalu.
Amru yang juga seorang guru berkata, dia tidak menduga hubungannya dengan isteri akan berakhir hingga ke jenjang pelamin.
Jejaka berusia 25 tahun itu memberitahu saudara mara mereka turut terkejut dengan hubungan mereka.
Ini komen pengantin lelaki:
“Saya memang tak sangka gambar main kahwin-kahwin yang diambil sewaktu majlis perkahwinan saudara kami 18 tahun lalu di Shah Alam, Selangor betul-betul terjadi kepada kami.
“Itulah orang kata kalau dah jodoh takkan ke mana. Kami akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah. Semoga hubungan ini berkekalan sehingga hujung nyawa,”
“Ramai tak sangka kami akan kahwin. Ya lah masa tu kami masih budak-budak lagi. Waktu tu tak silap saya di Tahun Satu.
“Saya pun tak kenal sangat isteri masa tu sebab kami jarang jumpa. Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala isteri di Terengganu. Lagipun kami sekeluarga jarang balik kampung di Terengganu,”
Jelas guru yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Miri, Sarawak itu, hubungan mereka kembali bertaut lima tahun lalu.
“Sebenarnya lepas ambil gambar tu sampai besar kami tak jumpa sehinggalah isteri hubungi ibu bapa saya lima tahun lalu.
“Dia bertanyakan kepada ibu bapa saya “ada kan anak yang masuk maktab perguruan” sebab kebetulan dia dapat temu duga untuk kemasukan ke maktab tersebut.
“Sejak dari itu, kami sering berhubung melalui mesej dan mula rapat,”
Namun Amru berkata, dia hanya bertentang mata dengan Nur Fazira tiga bulan selepas berhubung melalui mesej, kira-kira lima tahun lalu.
“Kami berjumpa betul-betul tengok muka pada majlis kahwin sepupu kami di Kuala Terengganu.
“Itulah pertemuan pertama selepas beberapa bulan berhubung hanya melalui mesej. Waktu tu WhatsApp pun tak ada lagi. Jadi bila jumpa tu masing-masing malu, nak bercakap pun segan,”
Amru akui dia amat tertarik dengan sifat lemah-lembut dan periang isterinya itu.
“Dia miliki semua ciri-ciri wanita idaman saya… lemah-lembut, periang dan juga cantik orangnya.
“Saya pernah beritahu mak saya yang saya nak ‘try’ dia. Tapi mak beritahu dia takkan suka saya dan tak disangka-sangka dia suka saya,”
Tahniah buat kedua-dua pasangan pengantin ini. Semoga berbahagia selalu.
Sumber: mStar