Marah Sampai Jelir Lidah: Tuan Punya Badan Tampil Beri Komen Videonya Jadi Viral

Ketika rususah di kuil melanda di Subang Jaya, antara yang menjadi perhatian ialah telatah seorang lelaki yang amat marah menjerit “deyyy’ dan kemudian mejelirkan lidah sampai tak terkata-kata lagi.

Klip video lelaki berkenaan menjadi viral dan ada yang membuat parodi tentang nya. Untuk pengetahuan, lelaki berkenaan merupakan seorang ahli perniagaan bernama S.Kanagarajah.

Bagi Kanagarajah dia tidak kisah tentang video yang menjadi viral itu dan menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan,

Katanya lagi, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu.

Ini komennya:

“Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah”

“Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu”

Menurutnya, dia kecewa terhadap insiden yang berlaku.

“Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu”

“Pada masa itu, kita adakan upacara sembahyang dan dalam kuil semua ada dalam 40 orang termasuk wanita dan orang tua .

“Jadi kami mahu lindungi mereka”

Kanagarajah berkata, apa yang berlaku tidak melibatkan isu perkauman.

“Saya boleh cakap ini 100 peratus bukan masalah perkauman kerana kita berkawan baik dengan semua orang”

Bagaimana pun, dia tidak menolak sekumpulan individu yang melakukan rusuhan itu diupah oleh pihak lain.

“Sudah tentu! Tiada orang melakukan perbuatan seperti itu percuma”

Tambahnya, dia tidak menerima sebarang ugutan dan ancaman daripada mana- mana pihak selepas video itu menjadi viral.

Video tersebut menjadi viral sehingga mencetuskan parodi di laman media sosial menggunakan #Deychallenge.

Sebelum ini, gambar Kanagarajah memakai uniform polis menajdi viral dan ramai terkejut rupa nya beliau merupakan seorang polis.

Namun begitu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu tersebut merupakan anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here