“Mak punya susu, bapak yang dapat nama” – Rita Rudaini

Kini sudah 5 tahun pelakon popular Rita Rudaini bergelar ibu tunggal. Memang pelbagai isu dan kisah yang kita dengari tentang kisah rumah tangga dan perjalanan kehidupan pelakon ini setekah bercerai dengan pemain bola sepak Malaysia iaitu Aidil Zafuan.

Namun begitu, menerusi perkembangan terkini, Rita Rudaini akui geram dengan sikap segelintir orang ramai yang masih tidak boleh menerima kenyataan apabila terus mengaitkan dirinya dan anak-anak dengan bekas suaminya itu.

Baru-baru ini, Rita ada memuat naik gambar kedua-dua anaknya bersama pasukan bola sepak mereka dalam satu pertandingan bola sepak, namun ada netizen yang menulis komen dengan mengatakan anaknya itu boleh bermain bola sepak hanya disebabkan ikut jejak bapa mereka yang merupakan pemain bola sepak yang amat disegani di Malaysia.

Berasa kecewa dengan komen-komen sedemikian, Rita kemudian memuat naik sekeping foto berserta caption menyelar netizen dengan kenyataan, ‘Mak punya susu, bapak yang dapat nama’.

Ini foto dari Rita Rudaini:

Menerusi satu laporan dari portal Harian Metro, Rita Rudaini menegaskan dia tidak menafikan Aidil Zafuan adalah bapa kepada anak-anaknya. Katanya lagi, dia yang membesarkan anak-anaknya sendirian, maka dia lebih tahu apa kelebihan serta kesukaan mereka.

Tambah pelakon ini lagi, kedua-dua anaknya itu tidak hanya suka bermain bola sepak tetapi juga lebih minat kepada muzik dan sukan badminton.

Ini komen Rita Rudaini:

“Mereka masih tak move on dan mengaitkan saya dan Aidil sepertinya kami ini Posh dan David Beckham. Lepas tu apabila mereka kata anak-anak pandai main bola sebab bapa mereka, langsung tak logik.

“Sedangkan ada pemain bola sepak hebat, anak mereka tidak sehebat bapa mereka. Jadi mereka tidak boleh berkata anak-anak pandai bermain bola kerana dia anak Aidil Zafuan.”

“Di sekolah juga anaknya masuk kelab badminton dan bukan bola sepak cuma mereka bermain bola hanya waktu rehat untuk berseronok bersama rakan-rakannya. Disebabkan anak-anak dan rakan mereka suka bermain bola sepak membuatkan saya menubuhkan satu kelab untuk mereka, melantik jurulatih untuk mengajar mereka”

Itulah pendedahan dari Rita Rudaini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here