Majlis kahwin kucar kacir! Bekas kekasih datang pakai baju pengantin, merayu pulang ke pangkuannya

Satu majlis perkahwinan yang berlangsung di negara China telah jadi huru hara. Ini apabila, majlis ini telah ‘dicemari’ dengan satu insiden yang tak dingini.

Majlis berkenaan tak berjalan lancar seperti yang dirancang oleh sepasang pengantin apabila bekas kekasih pengantin lelaki telah datang menyerbu ke majlis berkenaan sambil memakai baju pengantin.

Insiden ini terus menjadi kucar kacir setelah ada adegan rayu merayu mula dibuat oleh bekas kekasih lelaki berkenaan.

Wanita berkenaan dilihat beriya-iya merayu kepada pengantin lelaki itu supaya kembali ke pangkuannya.

Dari laporan, menurut laman berita China, Sina, bekas kekasih itu dikatakan amat terdesak dan telah tiba-tiba muncul ketika pengantin lelaki mahu mencium pengantin perempuan.

Dalam video 30 saat yang tular, tetamu tidak diundang berkenaan bertindak menarik pengantin lelaki daripada pengantin perempuan sambil merayu supaya dirinya dimaafkan.

Pengantin wanita yang kelihatan marah terus meninggalkan tempat kejadian yang boleh dilabelkan sebagai babak  yang memalukan.

Kemudian, pengantin lelaki telah menepis bekas kekasihnya itu dan mengejar pengantin perempuan.

Pengacara majlis pula jelas terkejut dengan kejadian tersebut, memberitahu orang ramai bahawa ‘kita berdepan situasi yang tidak dijangka di sini’ sebelum menambah ‘mungkin ini adalah realiti cinta’.

Dia kemudian memetik peribahasa Cina yang terkenal: “Jika anda bertanya kehidupan apa itu cinta, ia adalah mengabdikan hidup anda kepada orang lain.”

Menurut Daily Mail, pengguna di laman media sosial Cina, Weibo, mengecam tindakan itu dan menyatakan sokongan mereka kepada pengantin perempuan.

Ini antara komen dari netizen:

“Jangan musnahkan hubungan orang lain untuk memuaskan obsesi anda sendiri,”

“Inilah sebabnya kenapa anda tak boleh berkawan dengan bekas kekasih”.

“Dari sudut pendirian pengantin perempuan, bagaimanakah perkahwinan itu dapat diteruskan?”

Ini videonya:

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here