Mahu Yuna Yang Dulu! Peminat Kritik Fesyen Yuna.. Ini Respon Balas Penyanyi Ini

Penyanyi antarabangsa Yuna tampil di industri hiburan dengan imej bertudung melalui lagu Dan Sebenarnya. Lagu itu terus melonjakkan nama Yuna sehinggalah dikenali di Amerika Syarikat. Kini Yuna masih lagi memakai hijab namun fesyen nya agak berlainan sedikit ketiak berada di luar negara. Ini menyebabkan ada peminat yang menulis komen bahawa mereka rindu dengan penampilan dan imej serta Yuna yang lama.

Melihat komen seperti ini, Yuna tekah tampil memberi respon dan menegur tindakan segelintir netizen kebanyakkannya golongan lelaki meninggalkan komen mahukan penampilan dan dirinya yang dahulu berbanding sekarang.

Penyanyi berumur 32 tahun ini meluahkan rasa pelik, kenapa mereka bersikap demikian berikutan seseorang individu seharusnya sentiasa berubah menjadi lebih baik.

Ini respon balas dari Yuna:

“Anda membeli Iphone keluaran terkini setiap kali keluaran baru tapi anda lebih suka melihat seorang perempuan sentiasa sama dan tidak berkembang menjadi sesuatu yang baru dan lebih baik.

“Saya melihat komen seperti ini kebanyakkannya daripada lelaki. Orang dah 2018 dah bro apesal kat 2009 lagi ni”

“Lelaki boleh berubah mendapatkan kekasih baru atau gaya yang lebih baik dan orang akan berkata ‘oh bagus dia sekarang’ tapi kalau perempuan dengan gaya baharu, keyakinan dan kehidupan baharu sering dikatakan sudah berubah”

Ini respon Yuna menerusi Insta story di IG miliknya:

Apapun yang berlaku, Yuna berkata, dia amat berterima kasih kepada suaminya Adam Yousof Sinclair yang sentiasa menyokong dengan apa juga yang dilakukan kini. Semoga Yuna dan suami terus bahagia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here