“Macam telur pulak.. Mungkin Dr maksudkan telur Penyu” – Suhaimi Saad dan Ina Naim tergelak

Suhaimi Saad berkata dia dan isteri iaitu Ina Naim hanya tergelak tentang isu bumi itu sfera yang sedang hangat di perbualkan oleh netizen.

Pagi tadi angkasawan negara telah memberi respon menyatakan bumi itu berbentuk geosfera dan lebih kurang seperti sebiji telur.

Apabila Dr Sheikh Muszaphar Shukor menulis pandangannya, nampaknya Suhaimi Saad terus memberi reaksi balas dan mengatakan angkasawan berkenaan tidak bersumpah sebaliknya hanya memberi respon biasa sahaja.

Menerusi satu komen terbaru dari Suhaimi Saad, bekas ahli nasyid InTeam ini berkata secara berseloroh bahawa mungkin telur yang dimaksudkan oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor adalah telur penyu.

Ini respon Suhaimi Saad:

“SORRY SORRY
Lepas ss dan Ina tergelak tadi,
Nak tambah sikit lagi

“Minggu lepas Dr kata bumi ni sfera.
Pagi ni Dr kata,
tak sfera sangat.
Macam bentuk telur
Dr biar betul..?
Besar harapan netizen dan rakyat Malaysia ni nak dengar Dr kata sfera.
Tup tup tup, Dr kata macam telur pulak.

“Yang ss tau, sfera tu macam bola.
Telur tu macam bujur sikit.
Dalam buku sekolah pun memang diajar sfera kan? ke macam telur?

Okey,ss husnuzon.
mungkin Dr maksudkan telur Penyu

“Elok la Dr tak bersumpah..
ss takut jugak kalau Dr termakan sumpah.
Sebab Dr tengok tu pun dah lebih 10 tahun kan.
Mungkin Dr dah tak berapa sure.

“Takpe,
ss faham.
ss maafkan.
Tq sekali lagi Dr ya sebab sudi respon.

“Netizen,
Banyakkan bersabar ya.
Selawat banyak banyak ya.
Mana tau, berkat selawat korang, bumi jadi sfera semula kan?

“Allah Maha Kuasa.
Makhluk tak ada kuasa.
La ilaha illAllah

Sumber: FB MOSUS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here