Macam tak redha dengan pemergian suami, sering teringat-ingat… ini respon Nora

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Nora Ariffin telahpun hampir dua tahun kehilangan suami yang pergi buat selaamanya.

Akan tetapi ada yang mendakwa bahawa Nora seperti tak redha dengan pemergian suaminya, Johan Nawawi kerana selalu teringat-ingat dan meluahkan rasa hati di laman media sosial.

Memberi respon tentang hal ini, Nora berkata dia tidak mahu ambil peduli dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai tidak isteri yang tak reda dengan pemergian arwah suaminya, Johan Nawawi.

Jelas Nora, walaupun ramai isteri di luar sana yang turut kematian suami tetapi pengalaman yang diharungi setiap orang itu berbeza dan tak sama.

Ini komen Nora Ariffin:

“Kadang-kadang apa yang saya luahkan di Instagram itu, saya tak kisah apa orang nak kata sebab itu hak saya. Jika mereka tidak selesa mereka boleh unfollow.

“Ya betul isteri di luar sana turut kematian suami juga tapi saya pasti setiap pengalaman sedih itu tak sama.

“Orang yang tak lalui mereka takkan faham,”

Ketika ditanya adakah Nora telah menutup pintu hatinya untuk individu lain, penyanyi ini mempunyai pendirian sendiri dan minta doa yang baik-baik sahaja.

“Itu pun saya tak tahu sebab kadang-kadang kita bercakap takut salah cakap pula nanti. Apapun doa dan minta yang baik-baik sahajalah.

“Lagipun saya belum bersedia tetapi saya ada berkawan. Apa pun, berkawan dengan semua orang,”

Nora menjelaskan hal sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran minggu setiausaha yang turut menampilkan penyanyi, Aisyah.

Kedua mereka ini memang diketahui mempunyai vokal yang padu dan mantap dan kini Nora dan Aisyah akan berkongsi pentas sama menghiburkan orang ramai di minggu setiausaha nanti.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here