“Macam perompak pun ada, pembungkus bawang pun ada” – Fesyen Kaka Azraff jadi bahan lawak netizen

Semalam telah jadi viral di laman media sosial berkenaan gambar penyanyi Kaka Azraff yang menggayakan serkup rambut berwarna biru.

Gambar itu adalah untuk satu sesi fotografi sebuah majalah dan ianya mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan gaya unik diperagakan penyanyi “Bukan Hal Aku”.

Apabila gambar itu jadi buah mulut, Kaka Azraff telah menjawab kecaman yang diterima menerusi Harian Metro.

Kaka memberi respon atas kritikan yang diterima. Katanya, ini adalah fesyen baru yang perlu dieksploitasi.

Ini komen Kaka:

“Tak ada apa yang saya nak komen mengenai foto itu. Ia gambar ketika sesi fotografi majalah dan eksperimental fesyen.

“Apa boleh dikata, saya suka meneroka sesuatu yang baru dan mencuba. Apatah lagi, berkaitan fesyen,”

“Jika foto itu tular, ia di luar kawalan saya. Namun, saya berharap janganlah membuat penilaian mudah.

“Saya juga tidak melihat diri sebagai mangsa eksploitasi fesyen menerusi foto itu. Ia kerana, tiada had dalam fesyen,”

Itulah kata-kata dari penyanyi dan pelakon Kaka Azraff.

Ini komen dari netizen:

Kaka Azraff yang kini berada di New York, Amerika Syarikat (AS) dihubungi menerusi WhatsApp berkata, dia tidak menduga foto berkenaan tular dan menarik perhatian para netizen di tanah air.

Menurut Kaka atau nama sebanrnya Nor Atiqa Noor Azraff itu, terpulang pada pandangan masing-masing untuk menerima fesyen digayakan secara positif atau sebaliknya.

Ditanya juga mengenai aktiviti di negara Amerika Syarikat, Kaka Azraff sekadar memberitahu dia ada berkongsi fotonya di media sosial.

Masih aktif dalam karier nyanyiannya, Kaka yang juga anak saudara ‘Ratu Rock’ negara, Ella, cukup dikenali menerusi lagu seperti Bawaku Pergi, Bukan Hal Aku, Tepi Sikit dan terbaru, Sibuk.

Di imbas kembali, Kaka Azraff sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya yang juga usahawan, Adam Azriff pada tarikh 14 Disember 2018.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here