Macam peminta sedekah.. Ada pihak kurang senang, Yazid Search henti minta bantuan

Pemain dram dari kumpulan Search iaitu Yazid Ahmad kini memberitahu dia dah serik untuk meminta bantuan bagi meringgan beban kos rawatan dialisis yang terpaksa dijalaninya sejak 11 tahun lalu.

Yazid berkata, hasratnya untuk mendapatkan bantuan kewangan sebelum ini terbantut apabila menerima kecaman segelintir individu yang berasa kurang senang dengan tindakan itu.

Ini komen pemuzik berumur 57 tahun ini:

“Saya tak pernah minta media untuk membantu atau dengar suara saya. Jika saya bersuara minta bantuan ada pula yang akan maki seperti saya minta sedekah.

“Sehingga saya dihina kerana nampak teruk sangat. Mereka tak suka. Jadi di situ kita macam terbantut.

“Saya lebih bahagia dalam keadaan begini kerana akhirnya saya ada anak-anak dan isteri yang dekat dengan saya,”

Yazid ditemui bercerita sedemikian ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat kunjungan Mahabbah di kediaman anak pemuzik itu di Wangsa Maju.

Dalam pada itu, Yazid menjelaskan turut menerima bantuan dari persatuan karyawan dan baitulmal namun masih tidak mencukupi buat menampung kos ubat-ubatan yang mencecah sehingga RM300 hingga RM400 seminggu.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Yazid mengakui agak terbeban dengan kos rawatan dialisis yang terpaksa dijalanianya sebanyak 3 kali seminggu.

Jelas Yazid, kos rawatan mampu menceceh sehigga hampir RM1,800 sebulan tidak termasuk kos pengangkutan untuk berulang-alik ke hospital.

“Saya sedar kita ada saluran yang betul untuk benda begini. Tapi bila kita berusaha untuk itu, kita pula dimaki. Macam peminta sedekah pula dikatanya kita.

“Namun, rawatan dialisis saya memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Jika ditanya apa yang saya perlukan ketika ini adalah sokongan kewangan daripada industri sendiri.

“Kita ni berjasa juga pada industri muzik tanah air. Kalau tiada apa yang menghargai pada diri kita, ia ibarat mati segan mati tak mahu. Kos rawatan sebulan mencecah RM1,800 belum termasuk belanja pengangkutan untuk ke hospital”

Berbicara tentang bulan puasa, Yazid bersyukur kerana dapat menjalani tuntutan rukun Islam ketiga itu meskipun berdepan masalah kesihatan.

“Aktiviti bulan ramadan paling seronok kerana saya boleh pergi ke masjid. Alhamdullilah tuntutan berpuasa masih boleh diteruskan.

“Sebelum ini buat dialisis saya tak boleh berpuasa tetapi tahun ini nampaknya semakin baik,”

Mari kita doakan semoag segala dipermudahkan buat Yazid.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here