Macam mana palang tol boleh termasuk dalam kereta, ini jawapannya

Kini sedang viral di laman sosial yang menunjukkan gambar sebuah kereta merempuh palang tol hingga termasuk ke bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang bahagian depan.

Dikatakan, punca kejadian tersebut dipercayai akibat pemandu kereta jenis Toyota Vios itu sedang leka menggunakan telefon bimbit seterusnya merempuh palang tol berkenaan.

Lokasi berlaku di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, semalam.

Malah, kereta berkenaan ada berpelekat P, iaitu pemandu masih baru mengambil lesen.

Tentang kejadianm, insiden berkenaan berlaki sekitar pukul 7.50 pagi, pemandu yang merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh palang tol.

MACAM MANA BOLEH TERMASUK?

Untuk menjelaskan macam mana palang tol boleh termasuk dalam kereta, sebenarnya akibat rempuhan itu, palang tol tidak patah sebaliknya melentur dan terperosok ke dalam kereta.

Ya memang betul, palang tol itu dikatakan telah melentur lantas termasuk ke dalam tempat pemandu kereta. Sebenarnya kereta itu terlajak jauh, kemudian terus mengundur reverse.

Ini videonya:

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten, Komisioner Noorzainy Mohd Noor, mengesahkan hal berkenaan.

Ini komen polis tentang kejadian ini:

“Pemandu berkenaan mendakwa gagal menekan brek kerana terleka sebelum merempuh palang tol. Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,”

Kemudian, pemandu lelaki tersebut disaman berikutan kejadian itu.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here