“Maafkan mama..” – luahan sayu Noraniza Idris

Penyanyi etnik kreatif atau irama tradisional iaitu Noraniza Idris menyentuh perasaan para followernya di laman sosial apabila meninggalkan pesanan dan warkah buat anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi, 26 tahun yang telahpun selamat bergelar suami baru-baru ini.

Noraniza Idris turut sempat meminta maaf kepada anaknya kerana mengaku dirinya bukanlah seorang ibu yang sempurna namun akan sentiasa mendoakan kebahagian Aliff.

Penyanyi berumur 50 tahun ini jugs berkata dia akan sentiasa mendoakan anaknya itu.

Noraniza Idris menulis nota berkenaan melalui satu gambar yang menunujukkan dirinya sedang menitiskan air mata sambil memeluk anaknya itu.

Dalam pada itu, penyanyi ini sempat berpesan agar anaknya itu menjadi seorang ketua keluarga yang dapat membimbing isteri selain menghormati keluarga.

Kata Noraniza, sebagai ibu dia merasakan masa berjalan terlalu pantas dan berharap anak kesayangannya itu dapat melalui alam rumah tangga dengan baik.

Ini tulis Noraniza Idris lagi:

“Aliff anakku, ini catatan ibu utkmu anakku,

“Pertama kali mdengar tangismu, hilang segala kesakitan melahirkanmu.

“Maka bermulalah tawa tangis mama penuh rasa keibuan.

“Masa berlalu pantas dan kini mama menyaksikan alif berdiri depan pintu gerbang kehidupan baru. Bgai bicara luqman al hakim dlm surah luqman dlm al Quran, hidup umpama laut. Dlm nya tak terduga, isinya penuh pancaroba.

“Alif anakku, kau adalah ketua keluarga maka bimbinglah isterimu, bakal ibu kpd anak2mu. Hormati mertuamu, ipar dan saudara semendamu dan. Keluargamu sendiri.

“Jika duka yang kau jumpa, kembalilah kpda Allah.
Jika suka yang kau jumpa, bersyukurlah.

“Doa sentiasa mengiringimu Aliff.

“Maafkan kerana mama bukanlah mama yg sempurna utkmu.

“Sesungguhnya, sedari awal telah mama halalkan segala urusanmu.. teruskanlah perjalanan mu dengan tenang dan penuh kasih sayang.
Sentiasa menyayangi mu anakku..

Untuk pengetahuan, Aliff merupakan anak Noraniza bersama bekas suami, Mohd Fauzi Mohd Tajuddin dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, yang kini berumur 25 tahun.

Aliff memilih Ezza Nafiesha Zakaria sebagai pasangan hidupnya dan mereka disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 22 Disember lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here