“Maaf… saya tak dapat tahan air mata” – Mia Ahmad menangis, akui tak sanggup hidup bermadu

Pelakon Mia Ahmad akhirnya memberi komen tentang kisah rumah tangganya dan membuat kenyataan bahawa dia memang tidak sanggup jika ditakdirkan terpaksa hidup bermadu.

Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi tampil memberi kenyataan berkenaan yang dibuat apabila pihak media bertanya tentang cakap-cakap kononnya dia kini sedang alami kemelut rumah tangga yang bermula sekitar hujung tahun lalu.

Ianya mula dihidu, setelah Mia Ahmad memadam semua gambar suaminya di laman media sosial.

Ini komen Mia Ahmad:

“Saya puji jika ada wanita yang berada dalam situasi sama seperti saya sudi bermadu kasih. Namun pastinya jawapan saya adalah tidak kepada isu bermadu”

Mia Ahmad yang berumur 31 tahun, diserbu oleh pihak media ketika dia hadir di majlis sidang media drama Nur 2.

Rumah tangga Mia dan suaminya yang juga bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Izham Tarmizi dilanda badai ketika aktres berkenaan sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka, Saif Issa.

Dalam nada sebak, Mia bagaimanapun berkata rumah tangganya kini berada dalam fasa pemulihan. Malah Mia Ahmad dilihat terus mengalirkan air mata ketika bercerita kepada pihak media.

Ini komen dari Mia Ahmad:

“Maaf… saya tak dapat menahan air mata. Langsung tiada niat untuk membuat sebarang drama.

“Semuanya telah berlalu namun ia akan mengambil masa untuk sembuh daripada luka sebelum ini”

Kata Mia lagi, dia dan suami sedang cuba sebaik mungkin untuk membina semua kehidupan mereka sebagai suami-isteri.

“Saya cuba sedaya-upaya untuk muhasabah diri apabila perkara ini berlaku walaupun saya tahu manusia boleh lukakan hati kita dalam sekelip mata.

“Namun apa yang boleh saya katakan ialah saya dan suami sedang memperbaiki hubungan kami ke arah yang lebih baik dan cuba memulihkan hati yang pernah terluka,”

“Tak dinafikan, selain sokongan daripada keluarga saya, kehadiran anak kami, Sayf Issa yang baru berusia enam bulan banyak membantu menjernihkan hubungan saya dan suami.

“Sekarang, kami banyak masa bersama membesarkan Sayf. Saya bersyukur masih dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina”

Ditanya apakah masih tersimpan keraguan terhadap kesetiaan suaminya, Mia berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara yang bukan menjadi miliknya kekal.

“Semua yang saya ada ini hanya pinjaman, termasuk suami. Kalau kita terlalu letak kepercayaan dalam hubungan sesama manusia, kita akan terluka”

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mempunyai seorang anak.

Sumber: mStar / Harian Metro / BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here