Semalam Datin Elvina Mohamad mendakwa seorang gadis bernama, Fify telah mengganggu rumah tangganya sebagai orang ketiga.
Setelah menjadi tumpuan media, Fify akhirnya tampil mempertahankan diri dan menjelaskan keadaan sebenar kerana berang dirinya difitnah.
Fify menjelas kan hal sebenar yang berlaku dan mengatakan dia hanya ingin menjual insuran kepada suami Elvina dan love berkenaan adalah untuk anak bayi Elvina yang baru lahir.
Ini jelas Fify:
“Saya seorang agen insurans Takaful. Haniff Borhan merupakan client saya dan dia hanya berhubung melalui DM (tiada nombor telefon). Kami hanya berjumpa dua kali dalam satu salah satu meeting bersama rakan sekerja”
“Perkara terjadi kerana Haniff ingin mengambil insurans untuk anaknya dan menghantar gambar anaknya. Saya hanya reply dengan double click di DM. Elvina menganggap dengan reply begitu saya cuba merampas suaminya”
“Saya telah menghubungi Haniff melalui kawan saya dan bertanya tentang isu ini dan yang mampu dia reply adalah ‘sorry isteri saya meroyan’. Saya tidak boleh terima alasan itu kerana air muka saya dan keluarga sudah tercemar”
Bagaimanapun Fify memberitahu, beliau ada cuba untuk menghubungi Elvina dan ingin berbincang secara baik serta meminta beliau memadam posting berkenaan.
Namun Elvina tetap tegas dan tetap dengan pendiriannya.
Ini mungkin memaksa Fify untuk mengambil tindakan undang-undang kerana dikatakan telah membuat fitnah serta menjatuhkan air muka.
Sebelum ini, Elvina telah memuatnaik foto Fify dan membuat dakwaan bahawa wanita berkenaan kacau rumah tangganya.