Luna Maya rebah, ditemui seperti tak sedarkan diri dalam toilet

Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya telah menjadi perhatian semaalm. Luna Maya telah ditemui dalam keadaan seperti hampir tak sedar diri selepas rebah di dalam bilik mandi ketika sedang menjalani penggambaran sebuah televisyen.

Akibat rebah, pelakon ini turut mengalami luka kecil

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram peminatnya, Luna Maya ditemui dalam keadaan terduduk dengan mengalami sesak nafas oleh kru produksi.

Kru produksi berasa curiga apabila aktres itu berkurung di dalam bilik air selama hampir satu jam.

Turut berada di lokasi kejadian adalah hos Raffi Ahmad.

Panik dengan keadaan itu, Raffi dan beberapa kru lain membantu mengangkat pelakon berkenaan dan terus mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Dalam pada itu, pembantu peribadi Luna Maya memberitahu kesihatan pelakon itu tidak berapa baik sejak beberapa hari lalu.

Ketika Luna Maya dibawa ke klinik setempat dan diperiksa oleh seorang doktor. Luna Maya tampak lemas dan batuk-batuk.

Apabila ditanya oleh doktor, Luna Maya mengaku ketika itu dia sedang berpuasa.

Luna kini sedang dirawat dan berehat.

Punca sebenarnya masih belum diketahui.

Sumber: Liputan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here