Luahan Sayu Siti Nurhaliza Di Atas Pemergian Pak Ngah Buat Selamanya

Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah meluahkan rasa sedih dan amat terkesan dengan berita kehilangan komposer hebat tanah air iaitu Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.

Siti Nurhaliza telah menyifatkan pemergian Allahyarham Pak Ngah sebagai satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. Kata Siti karya-karya Pak Ngah akan terus terus hidup biarpun beliau sudah tiada.

Kali terakhir Siti Nurhaliza bekerjasama dengan Allahyarham menerusi lagu raya berjudul Hari Kemenangan dua tahun lalu. Penyanyi lagu Cindai ini berkata, Pak Ngah banyak membantu beliau dalam perjalanan awal kerjayanya sebagai penyanyi.

Ini komen Siti Nurhaliza:

“Saya berasa sedih terkesan dengan kehilangan Pak Ngah kerana sudah anggap Pak Ngah sebagai keluarga sendiri.

“Kenangan serta gurau senda Pak Ngah akan kekal dalam ingatan. Dia antara insan yang mula-mula jaga saya dan mahu bekerjasama dalam menyanyikan lagu-lagu tradisional”

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang sangat besar dalam industri seni, memandangkan beliau banyak menghasilkan karya berkualiti tinggi”

Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira pukul 3 petang Selasa. Berita itu disahkan oleh ahli keluarga Allahyarham.

Komposer yang berusia 60 tahun itu dikatakan rebah secara tiba-tiba akibat serangan jantung. Dia bersama isterinya, Datin Sharifah Muhani dan seorang anak mereka pergi ke Batam atas urusan kerja.

Nama Pak Ngah terus diukir selepas menerbitkan album ‘Ala Dondang’ nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997. Dua tahun kemudian Pak Ngah terus meraih populariti selepas menerbitkan album Cindai nyanyian Siti.

Album itu mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit. Antara lagu lain ciptaan Pak Ngah yang dinyanyikan Siti Nurhaliza ialah Balqis, Hati Kama, Bergending Dang Gong, Ya Maulai, Nirmala dan Kurik Kundi.

Memang semuanya sedap-sedap belaka dan akan sentiasa diingati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here