Luahan Sayu Kawan Kanak-kanak Mangsa Kerat 8

Liputan berkenaan kes pembunuhan kejam di kerat 8 bahagian ibu dan anak lelakinya menjadi bualan hangat para netizen terutamanya penduduk di sekitar tempat kejadian.

Salah seorang kawan baik kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa kerat 8 oleh bapa dirinya telah meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa.

Luahan rakan arwah kanak-kanak tersebut yang merupakan murid tahun enam di sekolah yang sama :

“Kami selalu berjalan balik bersama. Bila dia tiada, memang rasa kehilangan,”

“Dia tidak kedekut. Kadang-kadang balik sekolah dia akan beli makanan, roti untuk kami kongsi bersama-sama,”

“Saya baru tiga bulan berpindah sekolah di sini, tetapi baik dengan dia. Kalau di dalam kelas, dia duduk bersebelahan murid perempuan”.

“Bila seminggu dia tak datang kelas, pelik juga kerana dia tidak begitu sebelum ini. Dia ada juga kata nak ke Singapura,”

Menurut rakan mangsa lagi, walaupun dia tidak sekelas dengan mangsa namun hubungan mereka akrab kerana dia dan mangsa tinggal berdekatan serta selalu pulang bersama selepas tamat sesi persekolahan.

Dia juga menyifatkan bahawa mangsa seorang yang baik hati dan seorang yang pemurah serta meluahkan rasa kehilangan bila mangsa kini sudah tiada.

Rakan sekelas mangsa kanak-kanak itu yang merupakan pelajar tahun 5 di sekolah rendah mengatakan bahawa rakannya tidak dating ke sekolah selama seminggu dan baru sahaja tahu akan berita malang yang menimpa kawanya itu.

Hasil tinjauan daripada sekolah rendah mangsa mendapati bahawa rata-rata ibu bapa sudah mengetahui akan kes pembunuhan itu.

Pihak sekolah juga telah membuat satu rakaman video yang didedikasikan buat kanak-kanak malang itu.

Susulan dari kejadian pembunuhan kejam itu, pihak polis telah menahan suspek utama yang juga merupakan bapa tiri mangsa yang merupakan warga Singapura.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here