Luahan Sayu Ifan Seventeen Sahkan Isterinya Juga Meninggal Dunia..

Ramai yang nak tahu apa status isteri kepada vokalis kumpulan Seventeen, Ifan iaitu Dylan Sahara.

Hari ini akhirnya perkara ini terjawab apabila Dylan Sahara disahkan meninggal dunia selepas menjadi mangsa kejadian tsunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu lalu.

Ifan Seventeen sendiri telah mengesahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya kira-kira pukul 9 malam (waktu Malaysia).

Ini tulisnya:

“Alhamdulillah udah ketemu istriku @dylan_sahara. Makasih ya temen-temen doanya, cuma Allah yang bisa bales kebaikan temen-temen.

“Minta tolong kirimin al-fatihah ya buat istriku @dylan_sahara InsyaAllah husnul khotimah. Allahumma amin,”

Sementara itu, Ifan menerusi posting di Instagram pula memuat naik video yang memperlihatkan dia bersama jenazah isterinya berada dalam kenderaan dipercayai dalam perjalanan ke Jakarta.

Alhamdulillah kita udah semobil lagi. Yuk pulang @dylan_sahara,” (Alhamdulillah, kita sudah dalam kenderaan. Ayuh pulang) tulisnya pada caption video tersebut.

Ini pula luahan hati dari Ifan setelah mengumumkan isterinya sudah meninggal dunia:

“Istriku memang bukan manusia yang sempurna, begitupun aku. Tapi dia ga pernah berhenti buat terus terus menjadi istri yang baik, i know you have tried your best and it’s not easy for you, but you did it baby. Dan buatku memang dia adalah istri terbaik yang mungkin diberikan Allah buatku, I couldn’t ask for more ya Allah

“Mewakili istriku aku memohon maaf sebesar2nya kepada teman, sahabat, keluarga, saudara atau siapapun yang pernah mengenal Dylan.
Mohon diikhlaskan jikalau ada kata atau perbuatan yang kurang berkenan

“Sayang, Allah mempertemukan kita, Allah pula yang memisahkan kita. Doain suamimu agar menjadi suami yang sholeh, biar aku bisa menuntut hak ku buat berpasangan denganmu di akhirat nanti untuk selamanya.
Cuma Allah yang tau seberapa besar apa yang aku rasain ke kamu sayang
I love you @dylan_sahara”

Dalam perkembangan sama, Ifan Seventeen turut mengesahkan bahawa pemain dram Seventeen iaitu Andi telah dijumpai dan turut terkorban.

Ini sekaligus menjadikan kesemua anggota kumpulan itu meninggal dunia kecuali Ifan sahaja.

Mereka yang meninggal dunia ialah Bani (pemain bes), Herman (gitaris), Andi (drummer). Selain itu ianya termasuk juga kru, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya.

Ketika kejadian, kumpulan Seventeen sedang membuat persembahan sempena hari keluarga untuk satu syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten.

Sumber: mstar / IG Ifan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here