Luahan Isteri Da’i Farhan

Fatin yang juga merupakan isteri pertama kepada juara rancangan dakwah Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad itu telah membuka mulut tentang kontroversi yang melanda suaminya kerana berkahwin dengan janda anak lapan secara rahsia ketika sarat hamil anak kedua.

Fatin menerusi kenyataan di Facebook telah meluahkan perasaan berkata, dia terpanggil untuk membuat kenyataan sendiri, kerana ramai yang tertanya-tanya serta silap membuat penilaian kerana mendengar kenyataan daripada pihak ketiga.

Ini kenyataan penuh dari Fatin sendiri:

“Benda boleh pikul, buat apa kita nak lepas. Benda boleh bincang, kenapa kita nak gaduh. Benda boleh sepakat, kenapa kita nak akhiri dengan penceraian,”

“Suami saya memaklumkan dari awal hasrat dia untuk berkahwin. Akad nikah yang diadakan di Makkah saya tahu daripada ibu mentua. Tipulah kalau tak kecewa, tipulah kalau tak marah, tipulah kalau tak stres.

“Saya manusia biasa. Bila tahu saja berita tu, terasa macam hilang arah. Keluarga juga sudah maklum dan kami cuba merahsiakan hal ini.

“Dan saya maklum pada Kak Ches yang bukan ahli keluarga saya sendiri kerana percaya pada dia sebagai sahabat baik dan saya tahu tindakan suami itu tidak betul. Tapi apa yang saya perlu pada ketika itu adalah teman berbual dan telinga yang mendengar,”

“Keadaan yang keruh, tidak akan jernih sekiranya kita berterusan begini. Saya ada pendirian sendiri dan minta kalian semua hormat.

“Terima kasih berada di belakang saya beri sokongan yang tiada henti. Kata semangat yang tak putus. Saya terharu,”

“Soal rumah tangga, sebenarnya kami dah bertemu mata, bercakap dari hati ke hati, saling bermaafan, benda ni dah dua bulan berlalu dah pun. Saya bahagia dengan anugerah permata hati kami sekarang. Saya pun serah pada takdir apa yang terbaik.

“Pada saya tidak adil anda semua menilai kami sekeluarga begitu. Suami sudah pun mengambil pengajaran atas tindakannya sebelum itu. Jika tidak keberatan, padamlah apa pun yang dah tersebar mengenai kami demi privasi hidup kami,”

Ekoran daripada status yang dibuat oleh wanita dikenali sebagai Ches Al Maliki melalui Facebook itu turut mengelar isteri pertama Da’I Farhan sebagai ‘lembik’ kerana membiarkan suaminya melayan dia sedemikian rupa serta melabel suaminya itu sebagai penunggang agama serta melakukan menganiaya isteri pertamanya itu.

Menurut Fatin lagi, dia pada mulanya reda dalam paksa namun kini mampu melaluinya dengan baik. Fatin meluahkan rasa syukur kerana diberikan kekuatan dan mampu menjalankan kehidupan seperti biasa.

Fatin juga dengan tegas agar kawan baiknya yang bernama Ches untuk memadamkan perkongsian status tersebut yang dibuatnya namun tidak dihiraukan. Fatin  juga memohon supaya orang ramai menghentikan herdikan kepada suaminya serta dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here