Live Depan Kubur.. Apa Motif Dia? – Netizen Persoal Tindakan Iqram Dinzly

Sememangnya pemergian orang tersayang pastinya akan menjadikan pengalaman yang amat sukar buat seseorang. Jika terlalu sayang, sudah tentu kehilangan orang tersayang memang susah untuk dilupakan.

Itulah yang dihadapi oleh pelakon Iqram Dinzly apabila kehilangan bapa tercinta iaitu Muhammad Saipuddin, pada bulan Oktober tahun lalu.

Terbaru, Iqram telah berkongsi video menerusi Live IG di akaun media sosialnya itu.

Video berkenaan memaparkan Iqram menziarahi kubur arwah ayahnya di Ipoh, Perak dan sedang membersihkan sekitar kawasan sekitar perkuburan.

Iqram tampil secara Live di laman IG miliknya dan dilihat membaca Al-Fatihah buat arwah ayahnya.

Selang beberapa minit kemudian, pelakon berusia 37 tahun itu telah memasang lagu berunsur ketuhanan.

Selain itu, Iqram juga telah memasang lagu-lagu berunsur percintaan, misalnya Kisah Antara Kita nyanyian One Avenue Band di kubur arwah bapanya itu.

Dalam video berkenaan juga, melihatkan aksi Iqram yang sedang meratap kesedihan pada batu nisan arwah ayahnya itu.

Tak lupa juga, antara aksi yang menjadi perhatian ramai ialah Iqram turut dilihat telah membawa setandan pisang.

Video tersebut dihujani komen dari netizen dengan memberikan kata-kata semangat kepada Iqram suapya terus tabah setelah pemergian ayahnya.

Namun ada juga yang mempersoalkan aksinya yang memasang lagu dan membawa setandan pisang ketika menziarahi kubur.

Ada netizen menulis komen, apa motif yang Iqram Dinzly cuba buat.

Ini beberapa foto Iqram Dinzly ketiak menziarahi kubur arwah ayahnya:

Imbas kembali, arwah ayah Iqram telah menghembuskan nafas terkahir pada Oktober tahun lepas kerana menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.

Smoga Iqram Dinzly terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini dan semoga arwah ayah Iqram ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here