Linda Rafar tuntut doktor bayar RM4 juta kerana sebar fitnah

Selebriti Linda Rafar telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli.

Ini kerana penulisan berbaur fitnah menerusi Facebook milik doktor itu pada 9 Mei yang lalu.

Peguam Linda iaitu Nurul Hafidzah Hassan memberitahu selain Rusyainie tiga lagi pihak termasuk PW Community turut berhadapan tindakan undang-undang atas dakwaan fitnah.

Menerusi satu kenyataan, Linda Rafar telah menghantar lima pucuk surat tuntutan berasingan kepada Dr Rusyainie bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM4 juta.

Menerusi tuntutan itu Linda Rafar mendakwa Dr Rusyainie telah menulis dan menerbit lima bentuk penulisan (posting) berbaur fitnah dan komen-komen melampau ke atasnya di media sosial.

Keempat-empat pihak berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum tindakan susulan diteruskan.

Ini komen peguam:

“Anak guam kami sedang meniliti sekiranya tindakan undang-undang perlu diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melancarkan kempen fitnah berterusan ke atas dirinya serta memburukkan reputasi dan kredebiiti di mata peminat dan masyarakati,”

Kisahnya berkaitan dengan isu pertelingkaran antara Linda rafar dan jururawat selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat pada 8 Mei lalu.

Namun menerusi posting di Facebook, Dr Rusyainie berkata Linda Rafar perlu membayar sejumlah wang kepada jururawat terlibat sebagai ganti rugi terhadap penyelesaian tersebut.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini telah menghantar tiga pucuk surat tuntutan yang serupa kepada tiga pihak lagi untuk menuntut pampasan sebanyak RM1.5 juta.

Tindakan tersebut dilakukan berikutan dakwaan fitnah daripada penulisan yang mencalarkan peribadi Linda dan ia disifatkan sebagai satu bentuk pembunuhan karakter ke atas dirinya.

Malah, Linda juga menerima persepsi negatif daripada masyarakat selepas fitnah tersebut biarpun maklumat yang disebarkan adalah tidak benar.

Bagi Linda, penulisan oleh mereka telah membuatkan orang ramai percaya dan memaparkan dia sebagai seorang yang mempunyai moral yang buruk, manipulatif, penipu dan selebriti yang mempunyai niat buruk terhadap semua jururarawat di negara ini.

Isu antara Linda dan jururawat bermula apabila penyanyi itu meluahkan rasa kecewa terhadap jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu.

Ekoran hal berkenaan, pihak Delegation of Nurses (DON) telah mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here