Linda dah suami dah berpisah ke? Ini penjelasan Linda Rafar tentang status perkahwinannya

Ahli kumpulan Elite iaitu Linda Rafar sering menerima pertanyaan daripada para follower dan juga peminatnya di laman sosial tentang status rumahtangganya dengan suaminya yang juga pelakon, Syed Aiman.

Linda Rafar, 40 tahun berkata, ramai yang mula bertanya tentang status perkahwinannya kerana mereka berdua dilihat jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ini tulis Linda Rafar di laman IG miliknya:

“Linda dah suami dah berpisah ke?? linda dan suami masih bersama Insyaallah hingga ke syurga

“Kenapa linda jarang post picture suami?? Suami saya kurang suka picture dia dia post di mana-mana sosial media

“Banyak betul soalan netizen bila tengok linda kurang post picture and video live bersama suami. Actually kita kurang suka nak post selalu picture suami takut ada org yang tak suka dan cakap asyik promote suami dia je. Tu yang linda lagi suka post picture anak dan activiti kerjaya linda sahaja.

“Harap lepas ni puas la Hati netizen yang asyik tanya pasal suami saya Syed Aiman.. Tq papa check in kan mama n kids di Element kuala lumpur. We love you

Linda Rafar yang juga peserta gegar Vaganza bersama ahli kumpulan Elite telah tampil menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagramnya pada Selasa.

Terdahulu, Linda melalui dua kali alam rumah tangga di mana menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 17 tahun dan Rezaiman Keiflin. Rezaiman atau Memen telah meninggal dunia pada usia 12 tahun pada 2014 kerana penyakit kanser.

Manakala perkahwinan kedua bersama pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 10, Syed Rezariiq, 7, dan Syed Rezaliif, 2 tahun.

Sumber: IG Linda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here