Lepas Gegar Vaganza terus tak ada show, itulah hakikatnya yang perlu diterima

Harapkan job masuk bertalu talu selepas tamat rancangan Gegar Vaganza, tetapi malang pula yang tiba. Malah diakatakan tiada job langsung.

Menyertai program televisyen Gegar Vaganza musim pertama (GV1) pada tahun 2014 diharap dapat mengemilangkan semula kerjaya seninya, namun itu hanyalah omong-omong kosong buat penyanyi Shima yang [ernag popular dengan lagu Teringin ini.

Shima telah mendedahkan perjalanan kerjaya semakin ‘sendu’ selepas tamat program Gegar Vaganza. Malah, Shima sendiri merasa pelik kerana langkahnya bagaikan langsung tidak menjadi.

Oleh itu, kini Shima sanggup meniaga warung bagi menjamin sumber pendapatannya setiap hari.

Menerusi laporan dari MHE TV yang bertemu dengan Shima, penyanyi ini kini memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur di hadapan rumahnya di Pangsapuri Lestari, Damansara Damai.

Shima juga berkongsi kisah bahagia selepas kembali mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

Ini komen Shima tentang kehidupannya selepas GV musim pertama:

“Memang tak keluar TV, tak masuk majalah, tapi saya tak menyanyi sebab tak ada undangan, saya terpaksa akur dengan keadaan sekarang”

“Saya pun pelik juga sebab selepas program itu, akak langsung tak ada show. Terus senyap je. Tak tahu kenapa. Kalau difikirkan saya memang kecewa, seolah-olah rezeki tertutup”

“Tak terasa kalau kata sendu ke, sebab memang dah lama tak ada lagu baru, single baru”

Selain itu, Shima juga akui sedang menderita penyakit tulang belakang iaitu slip disc.

Sabarlah wahau Shima. Dengan izin Nya dan berkat meniaga makanan ini nanti, mana tahu nanti ada rezeki tak putus-putus datang pula.

Shima juga telah mula berhijab sepenuhnya setelah pulang dari umrah.

Ikuti temubual dari Shima:

Sumber: MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here