Lembaga Penapisan Sahkan Polis Evo 2 Bersih…. Tak Beri Imej Buruk Agama Islam

Lembaga Penapis Filem (LPF) mengesahkan filem yang dinanti ramai iaitu Polis Evo 2 tak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk terhadap agama Islam.

Ini berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak LPF hari ini.

“Lembaga Penapis Filem telah menonton tapis filem ‘Polis Evo 2’ dan memberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam,”

Filem Polis Evo 2 kini menjadi kontroversi susulan perkongsian di media sosial mendesak penonton memboikot filem Polis Evo 2 yang didakwa menampilkan imej umat Islam sebagai pengganas.

Menurut kenyataan itu, filem Polis Evo 2 memaparkan kisah dua pegawai polis yang mengintip pergerakan ketua sindiket pengedar dadah di sebuah pulau.

“Dalam operasi itu, mereka terperangkap dengan insiden serangan kumpulan pengganas yang menawan dan menjadikan penduduk pulau berkenaan sebagai tebusan.

“Secara keseluruhan, filem itu mengisahkan usaha polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan menyelamatkan orang awam yang terbabit dalam insiden keganasan yang dipaparkan”

Filem ini diterajui oleh pelakon popular iaitu Zizan Razak dan Shaheizy Sam dan akan mula ditayangkan di seluruh negara 22 November ini.

Polis Evo 2 mengisahkan tentang misi pengintipan yang diketuai Inspektor Sani, lakonan Zizan dan Inspektor Khai (Shaheizy) di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur. Misi itu berdepan cabaran apabila sekumpulan pengganas menyerang dan menawan pulau tersebut.

Sebelum ini kecoh di laman media sosial apabila filem ini dikatakan menggambarkan penganut agama Islam sebagai pengganas apatah lagi wataknya memakai serban dan berjubah.

Ada cubaan dilakukan untuk membuat boikot terhadap filem Polis Evo 2 ini.

filem Polis Evo yang pertama sebelum ini berjaya memecah paggung wayang dengan kutipan yang amat memberangsangkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here