Lelaki tak potong rambut lebih 54 tahun.. ini yang terjadi

Para netizen di negara China teruja dengan satu berita bahawa ada lealki yang tak potong rambut selama 54 tahun.

Ini menyebabkan ada para netizen yang menggalakkan lelaki berusia 77 tahun, supaya membuat permohonan untuk diiktiraf dalam buku rekod dunia kerana rambutnya yang amat panjang dan lama tak potong rambut.

Gambar lelaki berkenaan dengan rambut panjang berukuran 5.5 meter telah menjadi viral di laman media sosial negara berkenaan.

Lelaki itu bernama Ake Yizheng dan dilihat sentiasa tampil dengan gaya ala-ala ‘dreadlock’ dan meletakkan rambutnya yang panjang itu melilit di atas kepalanya, dah nampak macam pakai turban.

Apabila ditanya, Ake Yizheng mendakwa dia tidak memotong rambut selama hampir 54 tahun lamanya, kali terakhir potong rambut pada umur 23 tahun.

Gambarnya viral dan jadi bualan di media sosial selepas menantu perempuannya menemaninya untuk mencuci rambut di sebuah salon di Leshan di wilayah Sichuan, China.

Dia kemudian merakamkan video menunjukkan kakitangan itu menanggalkan lingkaran rambut ‘dreadlock’ bapa mentuanya, sebelum dibasuh dan dikeringkan.

Dilaporkan, proses mencuci dan mengering rambut itu melibatkan sehingga tiga orang dan mengambil masa kira-kira tiga jam.

Kata menantunya, ayah mertuanya itu sudah terbiasa dengan rambut panjang dan tiada masalah buatnya.

Ini komenya: “Itu normal baginya. Dia dah terbiasa dengan rambutnya yang panjang seperti itu dan rasa selesa”

Sumber berita: mStar / odditycentral

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here