Lelaki Rakam Video ‘Kenduri Kepala Kambing’ Dicari POLIS Polis

0
17989

Akibat tidak mendengar arahan untuk kuarantin di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Gerakan, Seorang lelaki yang dipercayai merakamkan video yang mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan kini dicari oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya video itu dirakam di kawasan sekitar Langgar, di sini.

Video yang berdurasi 57 saat menunjukkan lelaki itu sedang merakam video menunjukkan suasana di sebuah rumah yang didatangi orang ramai termasuk menikmati hidangan kepala kambing.

Sambil melemparkan kata-kata kesat, lelaki itu juga mempersoalkan isu kuarantin di rumah seperti yang disarankan kerajaan sejak perintah itu berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac ini.

Lelaki yang membuat rakaman video terbabit diminta hadir ke balai polis berhampiran atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi membantu siasatan.

“Jangan main-main, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan untuk mengurangkan jangkitan wabak COVID-19 dan bukannya arahan sesuka hati. “

Orang ramai yang mengenali individu dalam video atau lelaki itu sendiri tampil secepat mungkin untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di IPD Kota Setar, di sini, hari ini.

Tindakan lanjut akan dilakukan sekiranya lelaki itu tidak berbuat demikian.

Sumber: BERITA HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here