Lelaki Pakai Makeup Tebal Sampai Wajah Berubah Sebelum Curi Rantai Emas

Kalau dah nama pencuri tu, pelbagai helah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Kisah ini menajdi viral di negara seberang. Seorang lelaki Thailand, dia sanggup menyembunyikan identiti sebenar dengan mengenakan solekan (make-up) pada wajah dan berkelakuan seperti pelancong asing untuk mencuri beberapa kalung emas di Bangkok.

Namun begitu, niat jahatnya itu tidak berjaya apabila dia terpaksa bergelut dengan seorang pegawai keselamatan di sebuah pusat membeli-belah ketika mencuri.

Menurut satu laporan dari portal Coconuts, bekas penjual barangan kosmetik bernama Wongsakorn Petchsanan, berusia 30 tahun telah didakwa mencuri barang kemas di salah sebuah kedai emas di Bangkok. Dia yang memakai baju kemeja bercorak petak dan berseluar jeans biru itu telah ditangkap pihak polis pada Isnin, 3 Disember lalu.

Lelaki ini telah menyamar dengan memakai hidung palsu, rambut palsu dan kanta lekap untuk kononnya menyamar sebagai seorang pelancong asing. Kalau dilihat wajahnya memang lain sikit setelah mengenakan solekan yang agak tebal.

Sewaktu di kedai emas itu, dia meminta kepada kakitangan untuk melihat empat kalung emas terlebih dulu sebelum melarikan diri bersma barang kemas terbabit.

Lelaki ini berjaya ditangkap pegawai keselamatan sebelum dia melarikan diri. Amarin TV melaporkan hasil kecurian empat kalung emas itu bernilai sebanyak TH471,600 (RM59,780). Pihak polis Thailand berpendapat bahawa suspek telah merancang sebelum bertindak menyamar dan mencuri emas di kedai berkenaan.

Sumber: Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here